[K-BEAUTY SERIES] KENAPA MEMILIH PRODUK SKINCARE KOREA?
- Cik Jojo

- 6 Jul 2020
- 3 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Untuk malam ini, Cik Jojo nak sharekan tentang kenapa ramai yang memilih menggunakan produk-produk skincare dari Korea Selatan. Bila sebut je moisturiser, toner, cleanser, essence, serum mahupun sheet mask, tentunya peminat K-Beauty dah ada senarai brands kegemaran masing-masing. Last week, kita dah lihat banyak faktor penyumbangkepada kecantikan dan K-Beauty trend ini. Untuk mereka yang tidak langsung dipengaruhi oleh habit keluarga atau rakan-rakan terdekat mahupun selebriti K-Drama dan Kpop, mereka mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai K-Beauty skincare products ni. Jom kita tengok kenapa mereka memilih produk skincare dari Korea Selatan;
1) Produk skincare dari Korea Selatan sangat
mementingkan pembangunan penyelidikan yang inovatif
📍Point pertama ini tidak dapat dinafikan. Korea Selatan menjadi persaing utama kepada Jepun dan negara-negara Barat dalam penyelidikan di bidang kecantikan. Mereka sangat-sangat mendengar pendapat, permintaan, dan masalah pengguna produk kecantikan walau sekecil masalah sekali pun. Tak percaya? Lihat sahaja penjualan yang meroket dengan pelbagai product line di pasaran yang direka oleh Korea Selatan berbanding negara-negara lain, contohnya macam essence, sheet masks, fermented skincare products, hydrating skincare, cushion compacts dan banyak lagi. Bila permintaan tinggi dan pendapat customer (pembeli) dihargai dan diberikan solusi yang berkesan terhadap masalah mereka, ia sekali gus mencipta reputasi brands dan kepercayaan pembeli. Berbeza dengan pengeluar yang hanya fikirkan hanya keuntungan dan tidak langsung mempedulikan hal berkaitan penyelidikan produk mereka ataupun keselamatan.🤓
2) Formulasi produk yang sangat baik dan stabil serta harga yang berpatutan
📍Point ini berkaitan dengan no 1 tadi. Apabila sudah ada makmal penyelidikan, banyak ujian dan formulasi produk yang dapat dijalankan oleh formulator dan penyelidik kecantikan di Korea Selatan. Hasilnya, prototype produk dapat diperbaiki dan menghasilkan produk terakhir yang sangat baik, efektif dan stabil. Orang Korea ni mengambil serious hal berkaitan dengan kecantikan (seperti yang pernah Cik Jojo postkan dalam posting yang lepas). So, mereka akan bekerja keras untuk menghasilkan produk yang bagus pada harga yang berpatutan. Harga berpatutan ini juga disebabkan oleh terlampau banyak persaing hebat dalam industri ini terutamanya di Korea Selatan. Kalau korang nak tau, banyak brands antarabangsa terkenal dunia suka melakukan survey dan observation kepada pasaran di Korea Selatan untuk menguji pasaran sebelum memperkenalkan produk terbaru mereka (test their products). Macam yang Cik Jojo katakan, orang Korea ni mengambil peduli dan serious tentang hal kecantikan dan mereka ni suka memberikan pendapat dan cadangan yang sangat jujur.😉
3) Ingredients produk-produk penjagaan wajah atau skincare dari Korea Selatan sentiasa up-to-date, baru dan efektif
📍Produk skincare dari Korea Selatan ini yang paling penting sekali ialah ingredients mereka dan bukannya harga. Ianya amat berbeza daripada brands dari negara Barat yang mencipta brands melalui permainan harga di pasaran. Objektif utama produk skincare dari Korea Selatan ini adalah memformulasikan produk yang lembut tetapi efektif. Mereka juga tidak mahukan produk yang menunjukan kesan cepat atau instant sebab kesedaran terhadap ingredients yang selamat dan efektif di kalangan orang Korea adalah sangat tinggi, dan apa yang mereka mahukan adalah produk yang mempunyai kesan beransur-ansur (gradual) yang terhasil daripada penggunaan secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang sihat. So, kalau produk-produk overclaim memang kelaut lah nampaknya kalau dipasarkan di Korea Selatan.😝
4) Packaging produk mereka sangat menyakinkan, menarik dan mengikut piawaian
📍Yang ni mungkin berkaitan dengan culture atau preference mereka di Asia Timur macam Jepun dan Korea Selatan yang sukakan figura atau rekaan yang comel (cute) hingga sophisticated dan elegan. Packaging sesuatu produk itu adalah sebahagian daripada marketing brands mereka. Kalau kita lihat, material dan rekaan yang digunakan pun simple tetapi sedap mata memandang dan berkualiti yang dapat meningkatkan psikologi pembeli. Perkara macam packaging ni pun mereka lakukan survey dan minta pendapat pembeli tau! Now, nampak tak pendapat pembeli sangat-sangat bermakna untuk pengeluar skincare dari Korea Selatan ni, dari masalah, ingredients hinggalah packaging! There’s no shortcut atau jimat melampau tapi nak kaut untung tinggi.😎
👉Bila dah tau maklumat ini, korang dapat bezakan tak dengan brands selain daripada yang berasal dari Korea Selatan? Brands tempatan? Brands international lain? Banyak betul bezanya, kan.😉

Kalau korang suka post K-Beauty series kali ini, jangan lupa #SHARE dan #LIKE ya! See you all tomorrow dan selamat beristirehat semua.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen