K-BEAUTY SERIES: THE 7 SKIN METHOD
- Cik Jojo
- 5 Nov 2020
- 2 min membaca
Updated: 13 Nov 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! It’s our K-Beauty Series untuk minggu ini. Bila kita cakap tentang 7-skin method ni, tentu ada yang pernah mencuba teknik ini, betul tak? Untuk mereka yang dah mencubanya, macam mana hasilnya? Memuaskan atau tidak suka langsung? It’s your skin, so you should know better. Untuk yang tak berapa pasti apa itu 7 SKIN METHOD ini, jom layan post ini.

7 Skin Method ini berasal dari penggunaan 7 kali atau lapisan toner atau essence kepada kulit wajah. Maksudnya, korang kena gunakan 7 kali kepada kulit wajah tu, yang biasanya dilakukan hanya sekali sahaja. Walau bagaimanapun, disebabkan setiap individu mempunyai jenis kulit dan kondisi kulit yang berbeza, ia juga memerlukan kelembapan yang berbeza. So, teknik 7 skin method ini adalah sesuai dan tidak sesuai untuk setiap orang. You have do try it dan lihat sendiri sama ada kulit suka atau tidak, perlu atau tidak. Ini kerana, mengikut beberapa Kbeauty Experts, mereka mengesyorkan di antara 3 hingga 7 lapisan toner sebagai kuantiti yang optimum untuk hasil kulit yang baik. Ingat tau, tidak semua orang perlukan 7 skin method, ia boleh jadi 3 skin method or 5 skin method sahaja.
Cara untuk lakukan 7 skin method ni simple sahaja.
1) Selepas membersihkan kulit wajah, sapukan lapisan pertama dengan toner menggunakan kapas muka atau boleh gunakan dengan tapak tangan yang bersih untuk tekap-tekap ke kulit wajah.
2) Ulangi aplikasi tersebut di antara 2 hinggi 6 kali lagi untuk memberikan hidrasi kepada dermis dengan betul.
3) Selepas itu, gunakan moisturiser untuk menutup semua lapisan kelembapan pada kulit.
Paling penting sekali untuk melakukan teknik ini ialah pastikan menggunakan PRODUK DENGAN INGREDIENT yang betul dan KUANTITI yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa produk toner KBeauty yang sangat bagus untuk 7 Skin Method:
European Buy here (great deal!): https://amzn.to/3eUzNix
Malaysian Buy here (super deal): https://bit.ly/2GXfnsw
European Buy here (great deal!): https://amzn.to/32Inxwx
Malaysian Buy here (super deal): https://bit.ly/3lzHbT6
European Buy here (great deal!): https://amzn.to/35sefGQ
Malaysian Buy here (super deal): https://bit.ly/3lxaJ3I
European Buy here (great deal!): https://amzn.to/2IE2wvG
Malaysian Buy here (super deal): https://bit.ly/3nmDpN4
European Buy here (great deal!): https://amzn.to/35oUwb4
Malaysian Buy here (super deal): https://bit.ly/35q3rsS
Teknik ini sangat bangus untuk mereka yang inginkan hasil kulit lebih hydrating, plump, mengatasi kulit kusam, kulit dehydrated, dan glowing. Ingat tau, pastikan ingredients yang tepat untuk kulit kita, dan kuantiti yang betul (tidak lebih, tidak kurang). Selamat mencuba!!
Kalau korang suka 7 skin method ini, jangan lupa untuk #SHARE dan #LIKE tau. Terima kasih untuk sokongannya. Cik Jojo pun layan jugak 7 skin method with hydrating toner, best betul rasa especially tengah musim sejuk dan kering ni. Korang macam mana, suka atau tak suka? Boleh sharekan pengalaman kat komen ya. Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!

Comments