K-BEAUTY SERIES: TIPS KECANTIKAN DIY WANITA KOREA
- Cik Jojo

- 17 Sep 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk K-Beauty series kali ini, Cik Jojo nak sharekan 3 tips DIY yang menarik dan mudah serta sangat common dilakukan oleh banyak wanita Korea. Antara 3 ingredients untuk tips tersebut termasuklah rice water (air beras), milk (susu), dan potato mask (masker kentang). WOW, sangat basic rupanya ingredients DIY yang diperlukan. Kalau korang ada masa nak cuba atau mungkin paling best on Saturday or Sunday ke, boleh jer santai-santai cuba. Jom kita lihat macam mana nak cuba DIY ini:

❤️❤️ Rice Water (air beras): Ingredients paling popular dalam produk K-Beauty adalah beras! Kebanyakan orang tua-tua wanita di Korea dan Japan suka membersihkan kulit wajah mereka dengan air beras untuk mendapatkan hasil yang lembut dan cerah. Tapi, of course lah tidak terhasil dalam satu malam atau seminggu dua. Kenalah konsisten, kan. Nama pun routine harian. Kalau nak cuba, korang boleh letak tepi air basuhan beras yang cukup untuk 3 atau 4 kali bilas. Selepas mencuci kulit wajah seperti biasa, jangan lupa diikuti dengan air basuhan beras dan lakukan urutan ringkas pada kulit wajah. Jangan lupa bilas denga air biasa ya untuk menyingkirkan particle air beras tadi. Tips ini bagus untuk mendapatkan kulit cerah dan lembap dan sesuai untuk kulit berjerawat.
❤️❤️ Milk (susu): Kalau korang nak tahu, ramai jugak selebriti popular kat Korea yang gunakan tips ini. Mudah, cepat, dan selamat! Mereka menggunakan susu sejak dahulu lagi untuk membersihkan kulit wajah, sama macam air beras tadi.Cara melakukan tips DIY ini sangat senang. Campurkan susu dan air dengan ratio 1:4. Campuran sudah tersedia untuk digunakan. Bilas dan lakukan sedikit urutan (jika ada masa), dengan air susu ini dan jangan lupa diakhiri dengan air bilas untuk menyingkirkan sisa air susu yang tertinggal. Tips ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering berbanding kulit berminyak dengan hasil moisturising dan melembutkan
❤️❤️ Potato mask (masker kentang): Selalu kita gunakan kentang untuk memasak dan menyediakan makan yang sedap kan. Tapi tahukah korang yang masker kentang ini juga sangat popular dilakukan di sana? Potatoes adalah baik untuk menenagkan kulit yang kemerahan dan irritated (merengsa), so kalau kot emergency tak ada ubat atau produk dah habis – last resort boleh la gunakan DIY ini. Macam mana nak cuba tips ini? Senang je. Korang parutkan sebiji kentang dan lenyekkannya. Campurkan sedikit madu untuk membuatkannya melekat disamping madu juga mempunyai moisturising properties tau. Kebaikan daripada masker kentang ini ialah ia dapat membantu mencerahkan kulit dan menenangkan kulit yang kemerahan/irritated.
Nah! Simple kan kan 3 tips DIY wanita Korea yang boleh dilakukan kat rumah je. Bahan-bahan pun sangat lah basic dan murah nak dapat. Yang masalahnya ialah adakah kita mampu commit atau konsisten? Haha! Kena tanya diri sendiri ni.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ya!
Jangan lupa tau, kalau suka post ini #LIKE dan #SHARE supaya kita sama-sama dapat bantu mereka yang tidak mengetahui tentang hal ini. 😘🥰😍
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen