top of page

K-BEAUTY SERIES: TREND AEGYO SAL DAN BEZANYA DENGAN EYE BAGS

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 25 Ogo 2020
  • 2 min membaca

Updated: 20 Nov 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Lama kita tak discuss tentang K-Beauty kan. So, malam ini Cik Jojo berminat untuk berikan sedikit informasi tentang trend Aegyo Sal. Apa itu Aegyo Sal? Kalau korang nak tahu atau mungkin kalau korang perasan, bila kita lihat sesetengah orang Korea atau K-Selebriti, depa punya mata nampak cute dengan kehadiran lapisan yang sedikit terbonjol di bawah mata. Bukan eye bags tau. Lokasi Aegyo Sal ini terletak di bahagian atas dan nipis sahaja berbanding eye bags yang di bahagian bawah mata dengan lebih lebar saiznya. 😉

📍 Eye bags sebenarnya adalah kumpulan lemak yang menonjol melalui Obicularis Orismuscle. Selalunya eye bags ini berlaku pada orang tua atau disebabkan oleh faktor penuaan, kerana kesan gravity dan otot yang lemah di bahagian tersebut.

Aegyo Sal pula adalah trend dari Korea Selatan yang sangat dicari dan berada lebih tinggi dari tempat di mana kantung mata biasanya terletak. Aegyo Sal ini sebenarnya adalah otot dan kuat yang menjadikannya lebih jelas ketika kita senyum. Tu yang nampak cute! So, macam mana nak dapatkan Aegyo Sal ini? Ada 4 cara yang paling common orang lakukan.


📍 Antaranya: ⬇️⬇️⬇️

✅ Menggunakan makeup dan melakukan teknik illusion menghasilkan efek Aegyo Sal.


✅ Menggunakan plastic strip yang sangat halus untuk dilekatkan pada bawah mata untuk menghasilkan sedikit benjolan Aegyo Sal. Korang boleh beli AEGYO SAL TAPES dengan mudah dan murah je. Paling penting selamat tau!


✅ Melalui suntikan yang mengandungi hyaluronic acid. Prosedur kosmetik ini adalah sangat common di Korea Selatan. Ia hanya boleh dilakukan oleh dermatologist.


✅ Untuk mereka yang nak dapatkan permenant effect Aegyo Sal ini kena melalui prosedur pembedahan plastik (plastic surgery) yang hanya boleh dilakukan oleh doktor plastic surgery lah.


📍 Semoga informasi ini dapat menjawab soalan sesetangah orang yang curious tentang “cute eyes” orang Korea. Jangan lupa untuk cuba Aegyo Sal Tapes untuk melihat sendiri transformasi wajah ala Korea tanpa sebarang pembedahan tau! Good night semua!😍😘


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page