top of page

KATANYA PRODUK SKINCARE KOLAGEN TIDAK MEMBANTU BINA SEMUA KOLAGEN, TAPI SAYA PAKAI NAMPAK PERUBAHAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 16 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Ada few times Cik Jojo gitau yang produk skincare kolagen sebenarnya tidak membantu rebuilt atau bina semula kolagen kulit kita. Tapi ada sesetengah orang yang menggunakan produk skincare yang ada kolagen mendapat result yang bagus. So, adakah betul ianya sebab kolagen dalam produk skincare tu? Here’s the simple explaintaion okay!

Kolagen adalah protein yang dapat memberikan kekuatan dan struktur yang terdapat pada tulang, kulit, otot dan tendon kita. Untuk makluman, perkataan kolagen sebenarnya berasal dari bahasa Greek iaitu 'kolla' yang bermaksud gam. So, semakin banyak kolagen yang kita hilang, semakin banyak garis-garis halus dan kedutan akan muncul.

So, explain please produk skincare kolagen?

Walaupun terdapat banyak produk skincare kolagen terutamanya berbentuk krim, yang sering ada claim seperti 'membina kembali' kolagen kulit agar nampak anjal remaja (contohnya), sebenarnya molekul kolagen terlalu besar untuk menembusi kulit kita, terutama pada lapisan dermis.


Tapi, produk tersebut nampak hasil tau, pencerahan please?

Selain itu, kolagen juga mempunyai sifat yang dapat menahan air dengan cukup baik. So, kalau kita dapat melihat apa-apa hasil dengan menggunakan krim penjagaan kulit yang mengandungi kolagen, ini kerana ia adalah PENGHIDRAT (SKIN HYDRATOR) dan bertindak sebagai skin plumper yang berkesan. Walau bagaimanapun, ingredients baik dari produk skincare yang mengandungi kolagen TIDAK dapat menerima hasil untuk anti-penuaan (anti-aging) kerana kolagen tidak meresap ke dalam kulit. Sebab itulah kalau tidak gunakannya setiap hari, kulit kembali kepada tekstur asal dan efek tersebut tidak kenal. Efek tidak kekal itulah yang membuktikan kolagen dari produk skincare tidak dapat menembusi dermis kulit disebabkan oleh molekul yang besar.


Ok done penjelasan produk skincare yang mengandungi kolagen dari Cik Jojo. So, terpulang kepada korang untuk menilai dan membuat keputusan membeli produk skincare ni. Good luck with your skincare journey ya!


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page