top of page

KENAPA KITA SEMUA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS KULIT DAN KONDISI KULIT TERTENTU?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 3 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Cik Jojo check inbox dan dapat soalan simple tetapi sangat bagus ni. Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa jenis kulit kita sama macam kawan kita, then bila guna produk skincare yang sama hasilnya tidak sama? Apa je yang berbeza antara kita dengan kawan kita tu. Kalau ada yang berpendapat begini, jom kita korek lagi general information kenapa manusia ni mempunyai pelbagai jenis kulit dan kondisi kulit, okay!

Untuk pengetahuan semua, setiap manusia yang lahir di muka bumi ini ditentukan oleh genetik mereka. Ini termasuklah ciri-ciri kulit kita sendiri. So, setiap apa yang ada pada tubuh badan kita termasuklah kulit, adalah diwarisi daripada generasi-generasi keluarga kita yang pernah hidup sebelum ini. Sebab itulah, warna kulit, jenis kulit, warna rambut, warna mata, kebolehan tertentu (menggulung lidah contohnya) untuk setiap orang adalah TIDAK SAMA. Pada zahirnya, nampak sama (contohnya macam kes tadi.. jenis kulit sama macam kawan) TETAPI sejarah genetik, kondisi kulit, masalah kulit (jika ada) besar kemungkinan adalah berbeza.


Walau bagaimana pun, selain genetik, kulit kita juga dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran. Kulit yang terlampau kering atau terlampau berminyak boleh dipengaruhi oleh pertukaran hormon, penyakit, ubat-ubatan, dan kadang-kadang persekitaran.


Semoga post ini dapat menjawab pertanyaan dengan jelas. Kesimpulannya, untuk mendapatkan sesuatu nasihat atau diagnosis terhadap sesuatu masalah kesihatan (dalam kes ini masalah kulit contohnya), WAJIB berjumpa dengan doktor/dermatologist dan ELAKKAN daripada mendapatkan custom/individual advice daripada social media atau influencer yang boleh memudaratkan kondisi kulit yang sedia ada.


Semoga post ini dapat dimanfaatkan bersama ya! Remember, always listen to what your skin needs dan bukannya dari orang lain. Stay safe and take care all.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page