KENAPA KULIT YANG NIPIS SENTIASA KELIHATAN WARNA MERAH JAMBU (PINK)?
- Cik Jojo
- 15 Jul 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang semua! Cik Jojo harap hari ini adalah hari yang baik-baik sahaja. Setelah penat seharian bekerja atau belajar, waktu malam boleh lah dapat berehat sikit kan. So, gunakan waktu rehat ini dengan aktiviti yang santai sebelum masuk tidur okay! So, untuk beauty awareness malam ini, Cik Jojo nak sharekan maklumat tentang kulit yang selalu kelihatan warna merah jambu. Haaaa.. siapa kat sini selalu kulit dia jadi begini?
👉Untuk pengetahuan, kulit yang nipis memang sentiasa akan kelihatan warna merah jambu (pink). Walaupun tanpa masalah keradangan (inflammation), mereka yang selalunya berkulit cerah akan kelihatan mempunyai warna merah jambu ke atas kulit mereka kerana darah berada dekat dengan permukaannya. Selain itu, kekurangan pigmen dalam warna kulit yang lebih cerah juga menjadikan warna kemerahan atau merah jambu tersebut lebih jelas.
Rujukan dan sumber bacaan lanjut, boleh semak pada article di bawah ya!
✅ Barsh, G.S., 2003. What controls variation in human skin color?. PLoS Biol, 1(1), p.e27.
✅ Olson, R.L., Gaylor, J. and Everett, M.A., 1973. Skin color, melanin, and erythema. Archives of Dermatology, 108(4), pp.541-544.
✅ Xiao, K., Yates, J.M., Zardawi, F., Sueeprasan, S., Liao, N., Gill, L., Li, C. and Wuerger, S., 2017. Characterising the variations in ethnic skin colours: a new calibrated data base for human skin. Skin Research and Technology, 23(1), pp.21-29.
👉So, terjawab lah kenapa kulit yang nipis dan cerah senang nampak warna merah jambu. Kalau korang salah seorang yang tergolong dalam kumpulan ini, jangan lupa explore kulit sendiri ya, apa yang patut dielakkan dan apa yang harus digunakan. Ini kerana tidak semua produk skincare itu adalah bersesuaian untuk semua jenis kulit. Jangan lupa lakukan patch test ya!
Semoga post ini dapat memberikan sesuatu maklumat yang berguna dan dapat dimanfaatkan. Good night korang, jumpa esok ya!😍🥰😘

Have a nice day everyone!

Komen