top of page

KENAPA SESETENGAH CLEANSERS BERBUIH DAN SEBAHAGIANNYA TIDAK?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 10 Ogo 2020
  • 1 min membaca

Updated: 4 Sep 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk malam ini, Cik Jojo nak sharekan tentang perihal cleanser. Mungkin ada di antara korang yang perasan atau telah mencuba pelbagai jenis cleanser dan mengetahui ada sebahagian yang berbuih dan ada yang tidak. Kenapa ianya terjadi? 🤔🤔


👉 Untuk pengetahuan semua, cleanser berbuih mengandungi bahan yang dikenali sebagai “surfactants”. Surfactant dapat mengurangkan ketegangan permukaan pada kulit, dan membuatkan produk menjadi licin di permukaan kulit. Surfactant termasuklah detergent (bukan yang digunakan untuk pencuci pakaian tu tau😝), juga disebut sebagai agen pembersih. Bahan-bahan seperti inilah yang dapat menghilangkan minyak, kotoran, dan sebum dari kulit dengan baik dan juga menyebabkan busa atau buih terbentuk.


👉 Kalau korang nak tahu, semakin banyak busa atau buih yang terhasil, semakin banyak surfactant yang terdapat di dalam sesuatu produk skincare itu😉. Cleanser yang tidak berbuih pula menggunakan minyak atau emollient untuk membersihkan kulit. Cleanser jenis cleansing milk dan cleansing cream adalah contoh paling utama yang menggunakan surfactant jenis ini. Contohnya macam produk berikut:

Ia selalunya terdapat pada produk yang digunakan untuk penyingkiran makeup dan untuk jenis kulit yang lebih kering.

👉 Semoga post ini dapat memberikan sedikit kefahaman tentang surfactant dalam cleanser. Oh ya, next time Cik Jojo senaraikan ingredients yang dikenali sebagai surfactant dalam produk okay! Untuk hari ini, kita belajar sikit je dulu ya. Semoga bermanfat!🤩


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page