KENAPA SESETENGAH MOISTURISER BERTEKSTUR CREAM DAN ADA YANG BERTEKSTUR LOTION?
- Cik Jojo

- 23 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini, Cik Jojo nak berikan sedikit ringkasan tentang perbezaan di antara tekstur moisturiser cream and lotion. Of course, korang pernah menggunakannya atau pernah nampak perbezaannya ketika membuat pembelian, kan? Jom kita lihat kenapa teksturnya berbeza..

Untuk makluman, moisturiser bertekstur cream pada umumnya mempunyai kandungan emollient yang lebih banyak dan oleh itu mempunyai konsistensi yang lebih tebal. Produk moisturiser jenis ini biasanya diformulasikan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan kekurangan produksi sebum. So, kalau korang mempunyai kulit jenis kering dengan liang pori-pori yang hampir tidak kelihatan tu, moisturiser jenis ini mungkin merupakan pilihan yang terbaik untuk kulit korang. Ia dapat memberikan hidrasi dan kelembapan yang diperlukan. Selain itu, moisturiser jenis cream mempunyai lebih banyak emulsifier yang dapat mencampurkan air dan minyak atau emollients dalam formulasinya. Selalunya produk moisturiser jenis ini dijual dalam packaging balang atau tiub.
Moisturiser jenis lotion pulak agak berbeza formulasinya. Moisturiser jenis lotion mempunyai kandungan air yang lebih tinggi daripada moisturiser jenis cream. Ia lazimnya diformulasikan untuk kulit jenis berminyak atau kombinasi. Sebab itu mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak atau kombinasi sepatutnya menggunakan moisturiser jenis lotion yang dapat memberikan kelembapan yang tinggi dan hidrasi yang diperlu sertai tidak mendatangkan hasil berminyak pada kulit wajah. Jika korang menggunakan sesuatu produk moisturiser dan ianya memberikan efek berminyak atau menjadi kulit lebih berkilat dan kadang kala membuatkan jerawat tumbuh, ia memberikan signal yang produk moisturiser tersebut adalah tidak sesuai langsung. So, dapatkan moisturiser yang sesuai dan tidak greasy (berminyak/melekit), cari sampai jumpa mesti ada yang paling sesuai.
Memang betul, nak cari moisturiser yang paling tepat ni agak tricky dan sangat cerewet. Tapi you know your skin better, kan. So, listen to what your skin needs. Jangan lupa lakukan patch test ya! With that, Cik Jojo tinggalkan korang seketika dengan ucapan selamat malam dan selamat berhujung minggu!
Kita jumpa semula on Monday ya! Ingat tau, kita masih belum menang lawan covid-19 ni. Jangan ambil mudah dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan. Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen