top of page

KEPENTINGAN MENJAGA RAMBUT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 10 Jan 2020
  • 3 min membaca

Updated: 17 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hello korang semua!! Korang apa plan hari ni? Korang dah cuba ke beberapa tips yang Cik Jojo sharekan… Ada yang berikan feedback positif dan Cik Jojo sangat gembira sebab dapat bantu korang. Kunci untuk dapatkan kulit yang baik tentunya kena kenal jenis kulit korang, tahu apa yang diperlukan kulit sendiri, hindarkan bahan pembuatan yang tak selamat atau ada allergic, jadi pengguna yang bijak ketika membeli produk kecantikan dan ta-da! Korang dapat lihat sendiri hasilnya. Kalau korang combine dengan diet seimbang dan sihat (means banyak ambil fresh fruits dan sayuran, bersenam) lagi boleh nampak boost kesannya. Cubalah! Kalau rasa leceh sangat atau tiada masa, korang boleh cuba perlahan-lahan dulu. Sikit-sikit lama-lama nanti terbiasa. Trust me, korang takkan menyesal. So, post kali ni Cik Jojo nak sharekan tentang penjagaan rambut pulak.

Haaa… korang tau tak rambut memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Sebab tu kalau korang berambut lurus bila diikalkan rambut tu, terus nampak beza sikit wajah kan. Korang tau tak kita semua ni dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru. Siapa pernah mengalaminya? Cik Jojo pun selalu je mengalaminya… Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam. Rambut yang sihat akan kelihatan BERSINAR kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan air/pelembap mengalir untuk melembabkan rambut. Kalau korang nak tau, rambut kita ni akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.

Korang jangan ingat hanya jenis kulit je ada beza untuk penjagaan dan produk yang sesuai tau. Rambut kita ni pun sama jugak ya. Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut JENIS RAMBUT, STAIL RAMBUT, dan juga JENIS AKTIVITI YANG DILAKUKAN. Yang paling penting dalam hal rambut ni, korang kena tau JENIS SYAMPU YANG SESUAI untuk digunakan dan KEKERAPAN MEMCUCI RAMBUT. Sebab tu lah korang kena ambil tau tentang kondisi, keperluan dan jenis rambut korang sendiri. Bukan main belasah je asalkan syampu tau. Rambut ni sama juga macam kulit wajah kita. Contohnya, syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering eletrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin. Begitu juga syampu untuk mereka yang berhijab, masalah kelumumur dan kulit kepala dan sebagainya.

Selain itu, syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak. Remaja contohnya sering mempunyai masalah rambut berminyak. Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan. Korang tau tak selain masalah hormone, rambut berminyak ni kalau terkena kat kulit wajah, ia juga akan mengakibatkan jerawat. So, hati-hatilah ya. Oh ya, korang jugak boleh gunakan syampu bayi yang lembut untuk korang yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.

Semua orang tau yang rambut merupakan aset terbesar dan terpenting kepada seseorang manusia, tak kira lelaki mahupun perempuan. So, kita kenalah menjaga rambut dengan baik. Antara penjagaan rambut yang baik korang boleh cuba ialah dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya korang nak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut. Korang boleh request jugak untuk gunakan produk yang macam mana. Kalau korang berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang kat hujungnya eloklah bahagian hujung rambut dipotong sedikit. Kalau korang mempunyai rambut rapuh tanpa sebab atau gugur terlampau banyak, Cik Jojo nasihatkan agar jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Ingat tau, semua kondisi rambut mempunyai produk syampu tertentu dan bersesuaian untuk digunakan. So, korang kenalah cari syampu yang bersesuaian tau!


Kalau korang suka post ni, jangan lupa #LIKE dan #SHARE ya! Korang juga boleh ajak ramai-ramai lagi #FOLLOW facebook page NURÉAA. Jangan lupa follow tau sebab kami ada memberi free giveaway kat sana. Terima kasih korang.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page