PENTING KE MOISTURISER DALAM PENJAGAAN WAJAH?
- Cik Jojo
- 7 Dis 2019
- 2 min membaca
Updated: 3 Sep 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Salam Jumaat semua! Untuk segment Beauty Awareness hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang moisturiser atau lotion muka. Korang pakai jenama apa? Best tak produk tu...? Jom baca tips hari ini:
Moisturiser atau lotion muka sering dipandang remeh tentang keberkesanannya. Ingat ya! Untuk mendapatkan kulit muka yang bersih, segar, dan lembut kena berusaha lebih sikit, jangan malas. Untuk rutin perawatan kulit muka yang sihat, penggunaan moisturiser atau lotion muka yang bersesuaian dengan jenis kulit muka adalah disarankan. JANGAN sesekali menggunakan teknik ‘NAK TRY LAH’, atau ‘TRIAL AND ERROR’ tanpa mengetahui skin concern, ingredients dan reaksi allergik kepada kulit. Takut menyesal dikemudian hari.
So, korang nak buat macam mana kalau nak cuba moisturiser atau lotion muka produk yang baru?
Untuk yang berpengalaman tentang jenis kulit muka sendiri, boleh buat PATCH TESTING. Untuk yang beginner atau tak pasti dengan jenis kulit muka sendiri, korang kena JUMPA DOKTOR atau DERMATOLOGIST untuk tahu perkara paling BASIC ni. Tak nak pergi, hospital/klinik swasta, tak apa korang boleh je pergi ke hospital/klinik kerajaan. Jangan malu bertanya, nanti merana. Penting tau, untuk confirmkan jenis kulit muka korang ni. Nanti kalau dah tersalah guna produk satu hal, lagi pulak tersalah guna produk untuk jenis kulit muka, berlapis-lapis kesalahan dibuatnya. Sudahnya sentap sendiri sebab tak dapat kesan yang diimpikan...
Kebaikan penggunaan moisturiser atau lotion muka yang betul dan sesuai dengan kulit muka korang akan memberikan kesan yang berikut:
1) Menyegarkan dan melembapkan wajah setelah dibersihkan. Contohnya: Orang kulit kering tak boleh guna produk untuk orang kulit berminyak, tak efektif. Kalau semacam je muka berkilat, berminyak lepas sapu moisturiser atau lotion, kena check semula lah tu, betul ke produk tu untuk kulit korang.
2) Memberikan keseimbangan level pH pada kulit muka. Tak ada lah rasa ketat, tegang, gatal, panas, merah-merah, mengelupas ke kat kulit muka lepas sapu moisturiser atau lotion yang sesuai. Korang sepatutnya rasa nyaman dan ringan je muka tu lepas pakai. Nanti post akan datang Cik Jojo cerita lanjut pasal pH kulit dan kepentingannya okay!
3) Menyediakan kulit muka untuk rutin penjagaan muka seterusnya seperti sunscreen, dan make up. Key word untuk tips ini ialah jangan malas atau jangan skip!

Untuk mereka yang tengah struggle untuk membaiki skin barrier, boleh cuba salah satu produk moisturiser yang direkomendasikan oleh dermatologist kat bawah ini:
Have a nice day everyone!

Comments