top of page

LINGKARAN GELAP DI BAHAGIAN MATA DISEBABKAN OLEH HYPERPIGMENTATION ATAU PEREDARAN DARAH?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 4 Ogo 2020
  • 1 min membaca

Updated: 19 Ogo 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Mesti semuanya dah dinner dan sedang berehat kan. Sambil-sambil berehat tengok TV atau layan internet tu, jom Cik Jojo sharekan teknik untuk mengetahui masalah lingkaran gelap di bahagian mata. Teknik ini sangat mudah dan selamat dilakukan. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah alternative kepada perubatan ya. ❌NO❌. Teknik ini hanyalah untuk menyemak sendiri ketika di rumah dan perlu dapatkan rawatan daripada dermatologist untuk menyelesaikan masalah tersebut.


👉 Apa yang boleh dilakukan ialah cuba secara lembut tarik kulit di bahagian bawah mata sedikit ke luar (outwards), ATAU cuba secara lembut tekan sedikit di bahagian lingkaran mata. Jika warna kulit tersebut menjadi lebih cerah selepas melakukan teknik ini, ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh masalah peredaran darah (blood circulation). Tindakan menekan secara lembut di kawasan lingkaran mata dapat menyebabkan darah bergerak (move) sekaligus mencerahkan seketika bahagian tersebut. Jika warna kulit kekal gelap, ia berkemungkinan besar masalah lingkaran gelap di bahagian mata tersebut adalah disebabkan oleh hyperpigmentation.


👉 Semoga teknik ini dapat membantu mengenali masalah lingkaran gelap lebih awal. Kalau korang nak cuba mengatasi masalah ini dengan produk skincare, berikut ada beberapa yang efektif dan boleh membantu;

Walau bagaimana pun, untuk merawat secara kekal atau mendapatkan nasihat penjagaan yang khusus, segeralah berjumpa dengan dermatologist okay!😉

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page