top of page

MACAM MANA NAK CARI PRODUK SKINCARE ANTIOKSIDAN YANG BAIK UNTUK KULIT?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 14 Okt 2020
  • 2 min membaca

Updated: 15 Okt 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang antioksidan. As a friendly reminder, antioksidan ni membantu menghalang radikal bebas merosakkan kulit yang berpunca dari matahari dan pencemaran udara. So, bila kita menggunakan antioksidan ia sedikit sebanyak dapat menghalang faktor yang tidak baik ini. Antioksidan ni boleh didapati dari Ascorbic acid (vitamin C), Resveratrol, Ferulic acid, Tocopherol (vitamin E), Caffeine, Carnosine, Ekstrak teh hijau, Ekstrak silymarin, dan banyak lagi. Kalau korang nak tambahakan antioksidan dalam rutin skincare, boleh cuba cara mana-mana produk yang mengandungi ingredients seperti ini. Tapi, macam mana nak tahu produk skincare antioksidan yang baik untuk kulit?

Produk antioksidan yang baik sebenarnya diformulasikan untuk melindungi produk antioksidan itu sendiri sehingga dapat berfungsi dengan baik pada kulit. Ini kerana produk antioksidan sangat mudah teroksidan. So, boleh cuba cari produk antioksidan yang dibotolkan dalam botol berwarna gelap. Selalunya, liposomes digunakan untuk melindungi bahan-bahan dalam produk antioksidan ni. Selain itu, produk antioksidan harus disimpan di tempat yang sejuk dan tidak terkena cahaya berterusan. Leceh, kan? Nak buat cam ner, dah begitu ciri-ciri produk antioksidan. Jika produk antioksidan sudah tercemar atau teroksidan (selalunya bertukar warna), maka ia tidak dapat berfungsi dengan baik.


Serum adalah salah satu bentuk produk antioksidan yang paling popular kerana ia mudah di layering di bawah dan bersama produk skincare lain. Serum antioksidan paling kerap digunakan selepas membersihkan dan menegangkan kulit dan sebelum produk rawatan lain, pelembap, atau pelindung matahari.


Kesimpulannya, cari produk skincare antioksidan yang dibotolkan dalam botol berwarna gelap, simpan ditempat yang sejuk, halang produk tersebut daripada terkena cahaya berterusan, pilihlah produk yang selamat dan sesuai dengan kulit sendiri.


Rujukan dan sumber bacaan lanjut, dapatkan article di bawah ini:


1) Baxter, R.A., 2008. Anti‐aging properties of resveratrol: review and report of a potent new antioxidant skin care formulation. Journal of cosmetic dermatology, 7(1), pp.2-7.


2) Graf, J., 2010. Antioxidants and skin care: the essentials. Plastic and reconstructive surgery, 125(1), pp.378-383.


3) Palmer, D.M. and Kitchin, J.S., 2010. Oxidative damage, skin aging, antioxidants and a novel antioxidant rating system. J Drugs Dermatol, 9(1), pp.11-5.


4) Oresajo, C., Pillai, S., Manco, M., Yatskayer, M. and McDaniel, D., 2012. Antioxidants and the skin: understanding formulation and efficacy. Dermatologic therapy, 25(3), pp.252-259.


Soalan: Kalau produk 3 in 1 dan ada claim mengandungi antioksidan, adakah produk tersebut betul bagus?


Jawapan: Tidak. Kebanyakan produk yang ada all in one seperti 3 in 1, 4 in 1, 5 in 1 claim seperti ini benefit daripada ingredients yang digunakan adalah amat rendah. Ini kerana formulasi produk kecantikan seperti itu boleh membatalkan fungsi salah satu functional ingredient yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Hasilnya, pembeli kena commit beli dan gunakan selalu produk tersebut selepas dah habis. Di sinilah taktik marketing yang digunakan. Everything looks good tapi kena commit dengan produk tersebut untuk jangka masa yang lama. Berbanding dengan menggunakan produk skincare yang mengandungi ingredients yang tepat untuk atasi sesuatu skin concern itu.


Semoga post ini dapat dimanfaatkan bersama. Kalau suka post ini dan rasa boleh bantu ramai kawan-kawan lain yang tak tahu, jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Terima kasih banyak.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page