MACAM MANA NAK TAHU DALAM PRODUK SKINCARE ADA INGREDIENT DARI ANIMAL-DERIVED (UNSUR HAIWAN)?
- Cik Jojo

- 6 Nov 2020
- 2 min membaca
Updated: 6 Nov 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Sekejap je dah hari Jumaat kan. Walaupun esok lusa cuti, buat masa sekarang ini kurangkan berada di luar jika tiada urusan okay! Kita stay at home, layan movie ke, baca buku ke, main board game ke, bersiar-siar online ke, ataupun buat facial kat rumah sesambil relaxing. We protect and help each other, boleh kan?

Semalam ada Cik Jojo bukak topik kat comment tentang PETA. PETA ni kalau korang nak tahu adalah singkatan nama dari sebuah organisasi animal rights yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu People for the Ethical Teatment of Animal (PETA). Depa ni membantu menjaga hak kebajikan haiwan dengan mottonya "Animals are not ours to experiment on, eat, wear, use for entertainment, or abuse in any other way." Ini termasuklah menentang penggunaan haiwan dalam sebarang experiment untuk produk kecantikan kosmetik (makeup mahupun skincare).So, organisasi ini melancarkan inisiatif untuk melindungi haiwan dengan pelbagai kempen, termasuklah membuat database untuk rujukan awam tentang brands yang cruelty-free, ingredients kosmetik yang ada dan tak ada menggunakan unsur haiwan, petition, dan sebagainya.
So, untuk hari ini, Cik Jojo nak sharekan satu tips yang mungkin berguna untuk korang yang nak cari brand cruelty-free, DAN untuk korang double confimedkan ingredient dalam produk skincare korang tu ada mengandungi unsur haiwan atau tidak. Jom kita check sekarang;
1) Kalau korang nak check ingredient produk skincare (ada atau tidak ada) mengandungi unsur dari animal-derived, boleh klik pada link ini: https://www.peta.org/living/food/animal-ingredients-list/
2) Kalau korang nak check sama ada brand yang korang gunakan adalah cruelty-free atau tidak, boleh klik dan type je kat ruang yang disediakan pada link ini: https://crueltyfree.peta.org/
So, macam mana? Ada tak brand-brand skincare yang korang gunakan cruelty-free? Kalau tidak ada, jangan bersedih sebab mungkin tidak mengetahui tentang perkara tersebut. So, la ni dah tahu, mungkin boleh buat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membeli. Untuk yang support produk cruelty-free, keep up doing good work.
Sama-sama kita belajar dan improve our consumer behaviour okay! Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen