MAKANAN DAN KULIT SENSITIF
- Cik Jojo

- 4 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini, Cik Jojo nak sharekan general information mengenai hubungkali makanan dan kulit sensitif. Kalau korang nak lebih informasi lagi mengenai pemakanan, jangan lupa follow page Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, @nutritionistkkm.

Untuk pengetahuan semua, sebilangan orang yang mengalami alahan kulit (allergies) mungkin juga mengalami alahan pernafasan atau alahan pada makanan tertentu. Walau bagaimanapun, TIDAK ADA makanan tertentu yang wajib dielakkan untuk semua orang (terutamannya makanan berkhasiat). Selain itu, allergies atau alahan yang dialami adalah sangat berbeza untuk setiap orang. Cik Jojo sendiri pun penah mengalaminya, dulu ada allergies dengan habuk tebal. Korang pernah atau ada alahan apa-apa tak?
Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif terutamanya mereka yang menghidap rosacea mungkin harus menghindari wain merah dan alkohol (orang Islam haram tau! Jangan lupa ) , makanan pedas berdesing, caffeine, minuman terlampau panas, atau buah sitrus. Makanan seperti ini diketahui boleh menyebabkan kemerahan dan ruam rosacea kepada mereka yang ada masalah rosacea. Walau bagaimanapun, TIDAK SEMUA orang mendapat re-action dari semua makanan ini. It’s a general summary sahaja. Untuk lebih tepat lagi, atau nak confirmkan puncanya, korang kena lakukan test dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Selain kita perlu makan makanan seimbang yang mempunyai banyak ANTIOXIDANTS dan asid lemak seperti OMEGA-3, sehingga hari ini TIDAK ADA special nutritional yang diketahui untuk membantu kulit sensitif. So, kalau ada yang approach untuk jual produk supplement atasi rosacea atau kemerahan pada kulit , boleh lah tolak dengan baik sebab kita dah tahu infomasinya.
Sayangi diri dan kulit kita tau. Sentiasalah pantau dan lihat apa yang boleh dan tidak boleh, apa yang kulit kita suka dan tidak suka.
Sumber rujukan dan bacaan lanjut untuk mereka yang berminat;
1) Yuan, X., Huang, X., Wang, B., Huang, Y.X., Zhang, Y.Y., Tang, Y., Yang, J.Y., Chen, Q., Jian, D., Xie, H.F. and Shi, W., 2019. Relationship between rosacea and dietary factors: A multicenter retrospective case–control survey. The Journal of dermatology, 46(3), pp.219-225.
2) Yorulmaz, A., 2019. Coffee and Skin: What do We Know About it?. Türkiye Klinikleri Dermatoloji Dergisi, 29(1), pp.31-35.
3) Grosshans, E., 1988. Rosacea. Presse medicale (Paris, France: 1983), 17(45), pp.2393-2398.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen