MANA LEBIH BAIK DIGUNAKAN KETIKA MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH, AIR PANAS ATAU AIR SEJUK?
- Cik Jojo

- 2 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Soalan ini nampak basic tetapi ianya memberikan impak yang baik jika penggunaan air pada suhu yang betul ketika membersihkan kulit wajah tau. So, beauty awareness hari ini, Cik Jojo nak ringkaskan mengenai penggunaan air panas atau air sejuk yang lebih baik untuk kulit kita.

Untuk pengetahuan semua, setiap orang mesti menggunakan AIR PADA SUHU BILIK ketika membersihkan kulit. Penggunaaan air panas untuk membersihkan kulit wajah adalah tidak sesuai kerana ia tidak mampu membunuh bakteria. Air panas hanya akan dapat memberikan rasa merengsa kepada kulit dan melebarkan saluran darah, serta boleh membuatkan kulit menjadi sensitif dan rosacea.
Banyak orang berpendapat yang penggunaan air panas di rumah boleh membuat bakteria yang terdapat pada kulit wajah. Sebenarnya, air panas tidak cukup panas untuk membunuh bakteria tanpa membakar kulit (maksudnya kena lebih tinggi, lebih panas baru boleh bunuh). Sekiranya ada yang mempunyai masalah jerawat, penggunaan medicated cleanser yang dipreskripsikan doktor atau dibeli di farmasi sangat bagus dan berfungsi untuk membunuh bakteria, tanpa menggunakan air panas. So, say no to air panas ketika nak cuci muka, okay! Begitu juga halnya dengan air sejuk. Air sejuk adalah sangat tidak menyenangkan kepada kulit. Ia bukan sahaja boleh memberikan kesejukan tetapi juga mampu menyebabkan masalah pada kulit seperti rosacea. Sekali lagi, say no to air sejuk ketika mencuci muka.
Kesimpulannya, gunakan air pada suhu bilik atau yang mempunyai temperature sederhana sahaja. Ia cukup dan memadai untuk membersihkan dan menyingkirkan kotoran. Jangan under estimate the power of water tau... hehe! Paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air kosong yang mencukupi setiap hari. Take care and stay safe all.
Rujukan dan sumber bacaan;
1) Zip, C., 2017. The role of skin care in optimizing treatment of acne and rosacea. Skin Therapy Lett, 22(3), pp.5-7.
2) Gupta, B., Vaswani, N.D., Sharma, D., Chaudhary, U. and Lekhwani, S., 2016. Evaluation of efficacy of skin cleansing with chlorhexidine in prevention of neonatal nosocomial sepsis–a randomized controlled trial. The Journal of Maternal-Fetal & Neonatal Medicine, 29(2), pp.242-247.
3) Wilkin, J., 2008. A role for vascular pathogenic mechanisms in rosacea: implications for patient care. Cutis, 82(2), pp.100-2.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen