top of page

MANA SATU LEBIH EFEKTIF: MICELLAR WATER ATAU CLEANSER

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 11 Jun 2020
  • 2 min membaca

Updated: 4 Sep 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Semoga korang semua sihat sejahtera dan ceria selalu ya. Untuk post pagi ini, Cik Jojo nak sharekan tentang mana satu lagi bagus di antara micellar water dan cleanser. Mesti korang familiar dengan kedua-dua jenis produk ini kan. Ada banyak pendapat tentang penggunaannya, ada yang menyarankan malah ada yang menolaknya. So, mana satu nak dengar? Jawapannya ialah......⬇️⬇️⬇️


👉Ia sangat-sangat bergantung kepada kulit individu itu sendiri dan tidak pada pendapat orang lain mahupun saranan majoriti😉. Secara amnya, micellar water mengandungi milder surfactants jika dibandingkan dengan cleanser biasa. Walau bagaimanapun, formulasi produk micellar water berbeza-beza mengikut brands yang ada di pasaran. Sesetengah brands micellar water mungkin tidak berupaya untuk membersihkan kulit wajah dengan baik dan sesetengahnya mungkin sangat efektif. Jika produk micellar water tersebut tidak dapat membersihkan dengan baik, penggunaan cleanser harus menyusul untuk menghilangkan kotoran yang tertinggal.


👉Untuk pengetahuan, micellar water mempunyai micelles yang mengandungi hydrophilic iaitu berfungsi menarik air, dan lipophilic yang dapat menarik minyak, di mana kedua-duanya sekali gus dapat membersihkan makeup mahupun kotoran dari unsur tersebut. Walau bagaimanpun, TIDAK SEMUA orang boleh menggunakan micellar water ini, biarpun nampak seperti air dan tidak mengandungi apa-apa (sebab kebanyakan produk micellar water mengandungi formulasi either 90% atau 95% water! So yang lagi 10% atau 5% itulah yang perlu kita lihat ingredients nya😉). Ini kerana, sesetengah orang mungkin boleh mendapat iritasi atau merengsa pada kulit terhadap produk micellar water. Ya, nampak peratusan ingredients cuma kecil, tetapi ianya boleh memberikan kesan kepada kulit kita. In sum, it really depends on individual skin and condition.


👉Penggunaan produk kecantikan terutamanya skincare tidak ada yang paling betul, paling tepat, mahupun paling salah, lazimnya bergantung kepada “trial-and-error”. Walaupun begitu, perkara-perkasa asas yang WAJIB diambil kira sebelum melakukan “trial-and-error” adalah mengetahui

✅ingredients produk

✅keselamatan dan claim yang munasabah

✅cara menggunakannya serta any warning

✅allergy dan keserasian

✅patch test

Contohnya, jika micellar water dapat membersihkan kulit wajah dengan baik, boleh saja stick to this product. Otherwise, boleh cari micellar water yang lebih sesuai ataupun bertukar dan fokus hanya kepada cleanser sahaja. To me (for my skin😛), micellar water is only an option but cleanser is a must. May be skin korang pulak lain, kan. Cuba 'tanya' your skin...😝😘 Berikut adalah beberapa foaming cleanser yang sangat bagus untuk dicuba kerana ia bertindak 2 dalam 1 iaitu membersihkan kulit wajah dan memberikan rasa fresh disamping menyediakan kulit wajah tanpa rasa ketat:

👉Semoga sedikit penerangan ini dapat memberikan input yang membantu korang dalam membuat pilihan membeli micellar water, ataupun cleanser ataupun keduanya sekali. Remember, there’s no right or wrong in skincare steps or routine, BUT please listen to your skin.


Kalau sukakan tips pagi ini, jangan lupa #LIKE dan #SHARE tau, semoga lebih ramai orang akan dapat manfaat. Sharing is caring. See you later korang... Terima kasih


Have a nice day everyone!


Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page