top of page

4 JENIS MASKER SEGAR ATASI RAMBUT KERING DAN KEMBANG

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 24 Jan 2020
  • 3 min membaca

Updated: 17 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang semua! Tengah layan berita ke tu... atau masih lagi di luar rumah. Walau apa pun korang lakukan, jaga keselamatan okay! Post kali ini Cik Jojo nak sharekan tentang 4 jenis masker segar yang korang boleh buat sendiri untuk kecantikan rambut. 4 masker segar ni dapat membantu mengurangkan masalah rambut kering dan kembang. Siapa ada masalah rambut mengerbang macam ni? Jom tengok apakah bahan-bahan tersebut.

📍 Masker susu: Susu mempunyai nutrisi penting untuk tubuh badan kita dan ianya juga bermanfaat untuk mengatasi rambut mengembang dan mengerbang. Apa yang susu boleh tolong ialah ia dapat menjadikan rambut lembut, melembabkan, dan kasik sedikit berkilau (kilau yang sihat bukan kilau berminyak tu). Caranya, lepas korang dah cuci rambut dengan bersih, korang boleh gunakan susu sebagai conditioner. Tunggu seketika dan bilas sehingga bersih. Boleh la lakukan seminggu sekali, kalau hari-hari habis pulak susu tu 😂

📍Masker santan: Santan ni memang popular dalam masyarakat kita. Penggunaan masker santan juga sangat sinonim dengan penjagaan rambut. Ini disebabkan oleh khasiat yang terdapat pada kelapa untuk rambut kita seperti memberikan protein, kilauan yang sihat, memperbaiki rambut, meluruskan rambut, melembutkan, mengurangkan kelumumur dan melindungi rambut. Sebab itulah kalau kat pasaran tu, korang boleh nampak banyak produk penjagaan rambut ni guna kelapa sebagai salah satu bahan pembuatannya (of course la bukan kelapa sebijik tu... haha... mungkin ekstrak protein daripada kelapa, dan beberapa bahan baik yang diekstrak keluar). Cara homemade nak guna santan ni senang je, lepas dah cuci rambut dengan bersih, korang boleh gunakan pati santan yang diletakkan sedikit jus limau nipis dan oleskan ke seluruh rambut. Tunggu seketika dan bila sehingga bersih dengan menggunakan air suam supaya cucian santan tu mudah larut dan tertanggal.

📍Masker madu: Khasiat madu ni semua orang tau. Untuk korang yang tidak ada sebarang penyakit, madu ni baik penggunaanya. Dalam sejarah kecantikan, madu adalah salah satu bahan paling tua dan dikenali sebagai bahan yang mahal untuk orang kaya dan kenamaan pada ketika itu. Pada masa kini, madu dah jadi bahan mampu milik untuk almost everyone, kan! So, cara nak gunakan masker madu ni ialah lepas korang cuci rambut dengan bersih, oleskan madu asli tersebut rata sehingga akar rambut dan hujungnya. Tunggu seketika untuk khasiat diserap dan bilaslah dengan air suam tanpa gunakan shampoo supaya madu yang terbasi akan larut bersama air suam tersebut.

📍Masker minyak zaitun: Minyak zaitun ni pun sama setanding dengan madu. Sejak zaman empayar Rom lagi minyak zaitun ni begitu popular dalam rutin kecantikan mereka. Ianya digunakan untuk melembapkan kulit badan dan wajah termasuklah rambut. Ini disebabkan oleh iklim yang sesuai untuk buah zaitun tu tumbuh dan production memang tidak ada masalah. Mereka gunakan bahan-bahan yang mudah dapat saja seperti buah zaitun ini. Minyak zaitun ni banyak sangat khasiatnya, sejak dari dahulu hingga sekarang value minyak zaitun ni adalah tinggi. Jadi tidak hairanlah harganya mahal disebabkan khasiatnya. So, cara nak gunakan minyak zaitun ni ialah korang boleh oleskan minyak zaitun ini keseluruh rambut dan biarkan seketika. Selepas itu boleh la cuci dengan air suam sehingga bersih.

Selain daripada 4 masker rambut di atas, korang juga boleh elakkan perkara berikut untuk mengurangkan rambut jadi kembang atau mengerbang:

👉Masa permulaan cucian rambut tu, cuba elakkan menggunakan air panas/suam, sebab ianya akan mengikis kelembapan natural rambut. 👉Masa korang tidur, jangan ikat rambut sebab bila bangun tidur nanti rambut jadi sedikit ikal. Kat bahagian ikal tu lah yang sedikit rosak nak dibandingkan dengan bahagian rambut lain. 👉Lepak korang dah cuci rambut tu, jangan terus sikat rambutnya. Rambut lebih mudah mengembang bila disikat ketika basah. 👉Paling penting sekali ialah minimakan penggunakan alat elektronik rambut seperti hair dryer, hair styling, hair iron dan sebagainya. Kalau selalu guna, ianya akan cepat buatkan rambut korang kering, terlampau kering, dan seterusnya mengerbang.

Korang dapat something tak daripada post ini? Kalau korang dapat something dan suka dengan post ini jom ke facebook NURÉAA dan kasiklah #LIKE atau #LOVE dan boleh juga #SHARE supaya ramai yang dpat #FOLLOW website dan facebook page kami. Semoga bermanfaat ya.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page