MENGUATKAN SKIN BARRIER ADALAH KUNCI PALING UTAMA DALAM K-BEAUTY
- Cik Jojo

- 10 Sep 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk K-Beauty Series kali ini, Cik Jojo nak kongsikan dengan semua tentang kunci paling utama orang Korea dalam mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Ramai di antara kita yang tidak sabar untuk memudarkan parut jerawat, mengatasi masalah jerawat dengan cepat, malah ada juga yang gigih berusaha untuk mendapatkan kulit yang cerah dan tona warna kulit yang sekata. Akan tetapi, perkara yang paling asas dan sangat penting dalam skincare journey sering kali diabaikan malah dianggap tidak begitu penting atau bukan priority utama. Kat sinilah sebenarnya yang SALAH.
📍 Untuk pengetahuan, kebanyakan orang Korea sangat mementingkan penjagaan skin barrier kulit mereka. Sebab itulah banyak produk-produk skincare dari Korea Selatan yang mempromosikan dan mewarwarkan tentang kepentingan mendapatkan skin barrier yang sihat dan kuat. Kalau korang tak percaya, cuba randomly pick any skincare product from South Korea dan baca label produk-produk mereka.
📍 Semua orang mahu menjaga kesihatan kulit mereka dan selain daripada bantuan produk topical, memberikan priority kesihatan kulit dari dalam-ke-luar adalah penting. Permintaan untuk produk skincare yang kaya dengan antioxidants juga semakin meningkat dari hari ke hari. Menurut orang Korea, daripada membeli beberapa produk dengan fungsi yang berbeza, mereka lebih memfokuskan pada item yang berfungsi dengan satu titis atau kuantiti yang kecil untuk memberikan nutrient kepada kulit dengan serta merta untuk mendapatkan (atau membaiki) skin barrier yang lebih kuat dan sihat.

📍 Apabila skin barrier sihat dan kuat, ia sangat membantu dalam mengatasi pelbagai masalah yang common contohnya seperti jerawat. Jika memfokuskan terus pada masalah yang dihadapi tanpa mempedulikan skin barrier yang rosak, ia boleh mengecutkan jerawat tetapi dalam masa yang sama boleh mengundang jerawat yang baru disebabkan oleh skin barrier yang rosak tersebut. So, nampak tak kenapa walau dah guna produk untuk jerawat sekali pun, jerawat lain tetap tumbuh juga. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh skin barrier yang telah rosak dan tidak dibaiki. Sebab itulah orang Korea lebih gemar membaiki skin barrier terlebih dahulu sebelum beralih kepada masalah lain.
📍 Semoga tips dari K-Beauty Series ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk dicuba dalam skincare journey korang. Good luck and you all can do it! Remember, always listen to what your skin needs, okay!
Ps: Kalau nak tahu apa itu Skin Barrier, jangan lupa taip pada bahagian search di page ini. Cik Jojo pernah terangkan mengenainya tidak lama dahulu. Atau boleh cari di photo post.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen