top of page

PETUA ALTERNATIF YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH LAKUKAN UNTUK MEREDAKAN SUNBURN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 4 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan 2 tips yang boleh dilakukan dengan bahan natural ini terhadap kulit yang sunburn dan satu perkara yang tidak boleh dilakukan lepas dapat sunburn. May be korang pernah dengar atau baca kat mana-mana, tapi post ini Cik Jojo sertakan sekali dengan kajian yang pernah dilakukan ya!

PETUA ALTERNATIF YANG MEMBANTU


1) ALOE VERA boleh digunakan kepada kulit yang mendapat sunburn


Menurut Journal of Ethnopharmacology, aloe vera mempunyai properties anti-inflammatory yang dapat menenangkan kulit yang merengsa dan meradang. Selain itu, aloe vera juga dapat memberikan kelembapan kepada kulit di samping melembutkannya. Paling best aloe vera ni,ia sangat membantu kulit yang mengelupas selepas sunburn. Jangan tarik dan paksa kulit yang mengelupas akibat sunburn tu dengan tangan, biarkannya atau boleh gunakan aloe vera untuk mempercepatkannya.


2) TIMUN dapat meredakan kulit sunburn dan rasa sakit


Satu kajian mendapati timun mempunyai sifat analgesic di mana ia dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Malah, seperti Aloe vera, timun kebanyakannya mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Maksudnya, timun adalah sangat hydrating. Kalau berminat untuk menggunakan timun, boleh cuba untuk kisarkanya sehingga menjadi pes. Then, boleh lah sapu kan kepada kulit yang sunburn. Ia dapat mengurangkan keradangan dan rasa sakit tersebut.


PETUA ALTERNATIF YANG TIDAK MEMBANTU


1) Mungkin ramai yang berpendapat dengan menggunakan petua bahan yang sejuk mungkin dapat membantu meredakan sunburn. TETAPI, TIDAK SEMUA bahan yang sejuk boleh membantu ya. So, hati-hati apabila nak cuba petua alternatif tau. Contohnya, JANGAN letakkan ais atau bungkusan yang mengandungi kiub ais ke atas kulit yang sunburn. Ia mungkin dapat meredakan rasa sakit tersebut dalam jangka masa yang singkat, TETAPI ia juga melambatkan prosess pemulihan daripada sunburn tersebut. Terdapat satu kajian mendapati, kalau gunakan ais atau bungkusan yang mengandungi ais (ice packs) untuk meredakan kesan terbakar, sebenarnya TIDAK MEMBANTU menghilangkan rasa sakit atau inflammation tersebut, ianya hanyalah placebo effect.


Sumber rujukan, boleh semak disini:


1) Vázquez, B., Avila, G., Segura, D. and Escalante, B., 1996. Antiinflammatory activity of extracts from Aloe vera gel. Journal of ethnopharmacology, 55(1), pp.69-75.


2) Kumar, D., Kumar, S., Singh, J., Vashistha, B.D. and Singh, N., 2010. Free radical scavenging and analgesic activities of Cucumis sativus L. fruit extract. Journal of Young Pharmacists, 2(4), pp.365-368.


3) Werner, M.U., Lassen, B., Pedersen, J.L. and Kehlet, H., 2002. Local cooling does not prevent hyperalgesia following burn injury in humans. Pain, 98(3), pp.297-303.


So, macam mana? Korang setuju atau tidak dengan tips kali ini? Atau mungkin korang ada tips yang lebih baik. Boleh sharekan kat ruangan komen. Stay safe and take care all.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page