top of page

7 TIPS RINGKAS YANG TAK LAPUK SEPANJANG ZAMAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 2 Feb 2020
  • 3 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua!! So, Sunday tak ke mana ke hari ni ? May be ke kenduri kawin ke, shopping ke, family outing ke… Ke mana pun korang pergi, berhati-hati di jalan raya okay! Jangan lupa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Pagi ni Cik Jojo nak sharekan 7 tips ringkas yang tak luput dek zaman atau kata lainnya the most timeless! Jom baca kat bawah ni ya:

📌 Menyikat rambut dari akar ke penghujung rambut. Kalau korang sering melakukan perkara ini setiap hari sebelum tidur, ianya akan memberikan kilauan rambut yang sihat. Ini kerana menyikat rambut dari akar ke penghujung rambut dapat mengagihkan minyak semulajadi yang dihasilkan ke seluruh rambut.

📌 Mendapatkan rambut yang bersinar Korang jangan lupa gunakan conditioner setiap kali mencuci rambut dan sentiasa bilas dengan air sejuk untuk seal cuticle dan dapatkan kilauan rambut yang sihat.

📌 Memelihara rambut daripada sinaran berbahaya UV Untuk korang yang pakai tudung atau yang suka pakai shawl, ianya bagus dan dapat melindungi rambut daripada sinaran yang merosakan ni. TAPI, korang kena selalu cuci rambut untuk mengelakkan berbau busuk atau kepam selain mengelakkan masalah kulit kepala. Untuk korang yang tidak berhijab atau orang lelaki, korang kena cari alternatif untuk melindungi rambut korang daripada sinaran berbahaya tersebut, may be boleh pakai topi ke payung ke scarf pendek ke or any pelindung. Kalau tak percaya, korang boleh lakukan experiment ini. Buat perbezaan rambut dilindungi dengan yang tak dilindungi oleh sinaran berbahaya tersebut.

📌 Tidur dengan bedsheet dan pillowcase yang diperbuat daripada silk atau satin. Tips ini amat berguna untuk mereka yang ada masalah jerawat. Selain mendapatkan rawatan daripada doktor, korang juga kenalah jaga hygiene. Kena tukar bedsheet dan pillowcase selalu. Kalau berkemampuan, boleh dapatkan material daripada silk atau satin ni. Selain itu, tidur dengan pillowcase silk atau satin ni dapat membantu mengekalkan dandanan rambut korang (contohnya petang tadi gi salon, malamnya korang tido, esok dandanan tu masih baik).

📌 Jangan suka hati menyentuh kulit wajah korang sendiri Ya, kadang kala memang terlupa akan sensitifnya kulit wajah kita ni. Tu yang secara automatic tergaru lah tersentuh la tanpa mengetahui kebersihan jari jemari kita. Akibatnya, breakouts sangat senang terjadi.

📌 Jangan memicit jerawat Walaupun ada yang cakap boleh je picit jerawat tapi make sure bubuh lotion la benzoyl peroxides la dan sebagainya. For my personal advice, Cik Jojo sangat tak galakkan aktiviti memicit jerawat ni (walaupun gatal je nak picit..sabar..sabar). Ini disebabkan kulit wajah kita boleh dapat kerosakan tisu dan membentuk parut-parut berlubang. Kita pun tak sure berapa dalam jerawat yang kita picit tu boleh berikan depression atau ‘pits’ pada wajah. So, better biarkan sehingga surut, atau kalau dah tak tahan nak tunggu, carilah produk yang mengandungi bahan macam benzoyl peroxide atau azelaic acid contohnya.

📌 Sentiasa dapatkan kulit yang hydrating and moisturising! (Pastikan kulit lembap) Kalau korang nak dapatkan kulit yang sihat, selain minum air kosong dengan jumlah berpatutan dan mendapatkan diet seimbang makan buah-buahan dan sayuran segar, korang juga harus pastikan kulit korang hydrating dan moisturising. Kalau moisturiser korang tak cukup hydrating dan moisturising, maksudnya kena cari produk lain, atau tambahkan beberapa rutin produk seperti essence dan toner yang bersifat hydrating. Individual skin ni memang sangat berbeza, it’s personal. Ada orang berkulit kering tapi kondisi dia tak sama dengan orang yang berkulit kering lain, itulah maksudnya. Sebab itulah tiada recommendation produk yang boleh digunakan oleh semua orang walaupun jenis kulit yang sama. So, jangan lupa tau hydrate korang punya skin from inside out – AND outside in.


Semoga tips ringkas ini dapat mengingatkan korang betapa pentingnya hal kecil yang boleh manjadi masalah besar. So, hati-hati dan sentiasa beringat ya! Happy Sunday korang semua!


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page