top of page

[QUICK INFO] 3 PERKARA KECANTIKAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK KULIT BERMINYAK

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 7 Okt 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 3 perkara kecantikan yang perlu dielakkan untuk kulit berminyak. Ya, terdapat banyak tips dan petua di internet tentang kecantikan. Ada antaranya yang bagus, malah ada yang boleh memudaratkan. Walau bagaimanapun, untuk mencuba tips kecantikan atau produk skincare tertentu, kita harus memastikan jenis kulit dan kondisi kulit adalah sesuai dan tidak mendatangkan rasa merengsa kelak.

Antara 3 perkara kecantikan yang perlu dielakkan untuk kulit berminyak termasuklah;

1) Mengelakkan penggunaan OLEIC ACID based oils. Ia hanya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat dan minyak berlebihan.

2) Cuba juga elakkan penggunaan mask jenis cream atau sheet-based mask. Teksturnya sangat tidak sesuai malah jika berlebihan dibiarkan ke atas kulit boleh mengeluarkan moisture semulajadi kulit dan meningkatkan produksi minyak.

3) Elakkan penggunaan scrub yang kasar. Selalunya, scrub jenis ini mempunyai bijian kecil yang keras. Ia sangat tidak baik. Sebagai alternatif, boleh cuba chemical atau enzyme exfoliant.


Semoga quick info ini dapat dimanfaatkan bersama! Jangan lupa untuk pertimbangkan jenis kulit kita sendiri sebelum membeli produk skincare mahupun mencuba beberapa tips kecantikan ya! Remember, always listen to what your skin needs. Take care and stay safe all.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page