top of page

[QUICK INFO] 3 TIPS UNTUK PENJAGAAN BIBIR (BIBIR GELAP/PIGMENTED)

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 13 Nov 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk Quick Info hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang penjagaan bibir. Tips ini mungkin berguna untuk mereka yang mempunyai bibir yang agak gelap atau pigmented. Seperti yang selalu Cik Jojo ingatkan, dalam penjagaan bibir, cuba elakkan diri daripada menjilat, mengigit, ataupun over exfoliating bibir. Selain itu, jangan gunakan berus yang agak kasar untuk mengosok atau menyingkirkan kulit kering pada bahagian bibir. Ia sangat tidak bagus.


Apakah tips yang mungkin berguna untuk bibir yang sedikit gelap atau pigmented? Jom kita lihat bersama;


1) Gunakan lipbalm yang mempunyai perlindungai SPF. Ia sangat bagus dan membantu melindungi bibir dari sinaran UV dan dapat mengurangkan pigment


2) Boleh gunakan lip mask pada waktu malam sebagai overnight treatment. Ia bagus digunakan waktu malam sebab tekstur yang agak sticky (melekit).


3) Untuk exfoliate bibir, boleh lakukan satu atau dua kali seminggu dan JANGAN lebih daripada ini kerana boleh merosakan bibir.


Inilah 3 tips yang sangat membantu untuk mengurangkan visibility bibir gelap atau pigmented. Selamat mencuba ya! Paling penting, jangan lupa minum air kosong yang mencukupi supaya hydrated.


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page