top of page

[QUICK INFO] 4 KEBAIKAN INGREDIENT YANG JARANG KITA DENGAR INI

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 23 Okt 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk quick info hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 4 kebaikan SULFUR, yang jarang kita dengar dalam platform media social. Dalam post-post terdahulu, Cik Jojo selalu listkan SULFUR ini sebagai alternatif kepada Benzoyl Peroxide (untuk mereka yang tidak boleh tolerate dengan BPO). Selain benzoyl peroxide, boleh juga gunakan salicylic acid, azelaic acid atau sulfur untuk mengatasi masalah jerawat. Apa yang tak best tentang sulfur ni, bau diaaaaaa…ya ampun bau telur. Hehe! So, apakah 4 kebaikan utama sulfur ni? Hanya untuk jerawat je ke?

Check this out;

1) Keratolytic

Maksudnya: Ia dapat menanggalkan lapisan luar kulit, terutamanya sel yang dah mati


2) Anti-fungal

Maksudnya: Ia dapat membantu meredakan kondisi kulit seperti malassezia folliculitis (juga di kenali dengan mana pityrosporum folliculitis atau bahasa media sosialnya fungal acne)


3) Anti-Bakteria

Maksudnya: Ia dapat membantu mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh bakteria, contohnya macam jerawat


4) Sangat lembut dan tolerate dengan kulit

Maksudnya: Ia adalah alternatif kepada benzoyl peroxide. Ia tidak atau sangat sangat minimal nak dapat rasa merengsa (irritating) dan lebih lembut kepada kulit kita. So, untuk yang tak suka atau tak berkesan guna benzoyl peroxide, boleh pertimbangkan sulfur cuma kena tahan sikit bau mcm telur tu. Hehe!


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Mana tahu kita dapa bantu orang lain yang tengah struggle cari produk untuk jerawat yang tak leh tolerate dengan BPO kan. Kita mudahkan orang lain, moga kita juga dipermudahkan urusan. Kita jaga kita. Stay safe and take care korang! Terima kasih.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page