[QUICK INFO] 5 MANFAAT MOISTURISER YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG
- Cik Jojo
- 25 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk quick info hari ini, Cik Jojo nak sharekan 5 manfaat produk moisturiser. Banyak post-post lalu Cik Jojo ceritakan tentang apa itu moisturiser, macam mana nak pilih moisturiser yang tepat, ingredients dalam moisturiser, kebaikan moisturiser, dan banyak lagi. Tapi hari ini, Cik Jojo nak tambahkan lagi manfaat penggunaan moisturiser yang ramai orang terlepas pandang. Semoga 5 manfaat yang akan dikongsikan ini adalah memberikan kesedaran betapa pentingnnya penggunaan moisturiser pada kulit kita.

Ingat tau, memilih produk moisturiser berkesan ni tidak harus bergantung kepada harga, brands, viral atau tidak, testinomial banyak atau sikit... tetapi ia bergantung kepada keperluan kulit individu, apa yang kulit kita ada alahan atau tidak, jenis dan kondisi kulit kita, dan jangan lupa lakukan patch test tau. Selain memberikan kelembapan yang baik kepada kulit, manfaat lain moisturiser termasuklah;
1) Menghalang kulit dari menjadi kering dan dehydrated (prevent dryness)
2) Menyokong mendapatkan skin barrier yang kuat dan sihat (support skin barrier)
3) Mengurangkan tanda-tanda awal penuaan (decrease signs of aging)
4) Memberikan keselesaan dan menenangkan kulit daripada rasa keradangan (inflammatory) dan tidak selesa akibat eczema atau rosacea. (soothe and calm skin)
5) Menghalang kulit daripada pertumbuhan jerawat (prevent acne)
Remember, always listen to what your skin needs. Produk moisturiser TIDAK sepatutnya rasa berminyak atau melekit ya. Jika ia terjadi, ia menandakan produk tersebut tidak sesuai dan perlu cari lain. Semoga post ini dapat memberikan manfaat. Good luck, beauties!
Have a nice day everyone!

Comments