[QUICK INFO] 5 PRODUK SKINCARE YANG BAIK UNTUK KULIT BERMINYAK
- Cik Jojo
- 28 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk quick info hari ini, Cik Jojo nak sharekan 5 jenis produk skincare yang sangat baik untuk kulit berminyak. Sangat baik tidak bermaksud wajib dibeli atau digunakan, ia merujuk kepada beauty tools/product yang dapat membantu mengurangkan kulit berminyak. Komited dan konsisten memanglah menjadi asas dalam rutin penjagaan kulit wajah. Tetapi selection products juga memainkan faktor yang penting terutamanya ingredients yang terdapat di dalam produk tersebut. Walau bagaimanapun, seperti yang Cik Jojo selalu katakana, tidak semua produk skincare itu harus digunakan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. Tapi 5 jenis produk di bawah ini adalah yang dapat membantu mereka yang mempunyai kulit berminyak.

Ini termasuklah; 1) Jangan lupa membersihkan kulit wajah dengan cleanser yang bersesuaian dan tidak melakukan over-wash. 2 kali sehari sudah mencukupi.
2) Penggunaan produk toner dapat membantu membersihkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori dan terperangkap bersama minyak berlebihan. Walaupun produk ini adalah optional, ia amat disarankan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.
3) Penggunaan moisturiser. Hydrating moisturiser dapat mengurangkan pengeluaran minyak (sebum) berlebihan pada kulit yang berminyak. So, boleh cari produk moisturiser yang fokusnya hydrating.
4) SUNSCREEN! Produk sunscreen SPF amatlah penting untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, untuk kulit berminyak, mencari produk sunscreen agak merumitkan sedikit. Ini kerana banyak produk sunscreen yang tidak berapa nak mesa kulit berminyak dan mudah mendatangkan jerawat. So, kena cari sunscreen yang paling tepat. Satu-satunya produk sunscreen yang best untuk kulit berminyak adalah dari La Roche Posay dari range Anti-Shine (Anthelios XL), tapi tu lah harganya agak mahal. May be korang ada senarai yang lain sama fungsi dengan produk ini? Boleh share kan kat komen.
5) Untuk kulit berminyak, penggunaan sheet mask juga sangat membantu mengurangkan minyak berlebihan tersebut. Jangan lupa baca ingredients dan cari yang ada soothing atau calming properties ya! Alternatifnya, clay mask juga dapat membantu menyerap minyak berlebihan. So, ada dua option nak gunakan yang mana satu. Penggunaan mask ini juga adalah optional (kalau guna ok, tak gunakan pun tidak mengapa).
So, jom re-cap! 5 jenis produk yang sangat membantu kulit berminyak adalah: cleanser, toner, moisturiser, sunscreen dan face mask (sheet mask/clay mask). Semoga post ini dapat membantu mereka yang berada dalam kumpulan ini. Remember, always listen to what your skin needs. Stay safe and take care.
Have a nice day everyone!

Comments