[QUICK INFO] 5 TANDA UTAMA KULIT DEHYDRATED
- Cik Jojo

- 5 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Kalau kita cakap tentang jenis-jenis kulit, tentu ramai yang dah biasa dengar atau baca. Semalam Cik Jojo dah berikan perbezaan di antara jenis kulit dan skin concern atau kondisi kulit. Jom re-cap, jenis-jenis kulit terbahagi kepada: kulit berminyak, kulit kering, kulit normal, kulit sensitif, dan kulit kering. Kenapa kulit dehydrated tak termasuk dalam jenis kulit? Kalau nak tahu, jom kita lihat sebabnya ya!

Kulit dehydrated atau dehydrated skin ini adalah keadaan atau kondisi kulit yang SEMENTARA. Ia BUKAN lah jenis kulit yang faktor utamanya diwarisi daripada genetik. Kulit dehydrated terjadi adalah disebabkan oleh peningkatan trans-epidermal water loss (TEWL) atau bahasa mudahnya peningkatan air yang keluar daripada kulit kita (tapi tak boleh nampak pun dengan mata kasar air tu keluar). Pendek kata, kulit dehydrated ini adalah disebabkan lack of water (kekurangan air/kelembapan). Point yang paling penting sekali ialah kulit dehydrated ini boleh terjadi kepada SEMUA JENIS KULIT. Jangan ingat boleh terlepassssssss naa...
Antara 5 tanda utama kulit dehydrated termasuklah:
Kulit terasa gatal
Kulit nampak kusam
Kulit terasa ketat, licin berkilat yang tidak lembap
Kulit mengelupas (tidak semestinya satu tempat. Ia boleh terjadi di beberapa kawasan muka)
Kulit tiba-tiba menunjukan garis halus dengan cepat.
Selain daripada menggunakan produk skincare yang mempunyai ciri-ciri melembapkan/mengikat air/menarik air seperti humectants, occlusives, dan emollients, perkara lain yang membantu termasuklah minum air kosong mencukupi dan diet seimbang serta banyakkan buah-buahan segar.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa #SHARE dan #LIKE untuk bantu orang lain mengenali tentang kulit dehydrated ini.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen