top of page
Writer's pictureCik Jojo

[QUICK INFO] Apa itu pityrosporum folliculitis atau terma media socialnya "FUNGAL ACNE"?

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Untuk quick info petang/malam ini, Cik Jojo nak sharekan tentang ➡️"FUNGAL ACNE"⬅️. "Fungal acne" sebenarnya dikenali dengan nama pityrosporum folliculitis. Ia adalah jangkitan terhadap kulit yang disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan melampau oleh yis bernama malassezia (BUKAN jenis bakteria ya😉). Kalau korang rasa ada jerawat tetapi beberapa bahan dan produk anti-bakteria atau anti-jerawat langsung TIDAK dapat mengatasinya, ia berkemungkinan besar disebabkan oleh pityrosporum folliculitis. Nak tau ciri-ciri pityrosporum folliculitis atau terma mudahnya ”fungal acne” ini, korang kena baca sampai habis, okay!


👉Contohnya, kulit wajah ada jerawat, dan kita dah gunakan produk seperti rosehip seed oil tapi ”jerawat” tersebut makin teruk, atau dah gunakan jugak “actives” ingredients macam salicylic acid (BHA), glycolic acid (AHA), niacinamide, retinol dan sebagainya tetapi jerawat tersebut tetap tak surut, atau dah cuba jugak makan ubat jerawat dan tetap mekar berkembang, dan dah kurangkan segala makanan berminyak berlemak bagai pun tak jalan. “Jerawat” yang kita nak hapuskan tu berkemungkinan besar adalah pityrosporum folliculitis atau terma media socialnya "fungal acne"😭😖☹️. So, bila kita nak atasi masalah pityrosporum folliculitis atau yang kome panggil "fungal ance" dengan treatment/cara mengatasi jerawat biasa, sudah tentulah TIDAK efektif malah boleh memburukkan lagi masalah tersebut. So, hati-hati ya.


📍Nak tau kenapa "jerawat" tersebut jadi lebih teruk?

👉Jerawat biasa yang normal terjadi disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan melampau bakteria yang jahat/tak best.

👉"Fungal acne" pulak disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan melampau yis (namanya malassezia yis)


📍Berikut adalah beberapa ciri "fungal acne" yang boleh dilihat;

✅ Bila dah gunakan antibiotik untuk jerawat, ia tidak berkesan malah lebih teruk lagi jadinya. Tu pasal jangan main beli sendiri di farmasi. Dapatkah khidmat nasihat dermatologist atau doktor untuk prescption.


✅ "Jerawat" tersebut terasa gatal. Ini adalah tanda paling ketara. Jerawat biasa tidak gatal.


✅ "Jerawat" tersebut kadang kala rasa terbakar/burning.


✅ Kulit kepala ada kelumumur. Kelumumur ini disebabkan oleh yis yang sama mengakibatkan "fungal acne" tersebut.


✅ Bentuk "jerawat" tersebut agak kecil berbanding jerawat biasa. Ianya sekitar 1-2mm je saiznya. Kadang kala bersaiz kecil yang banyak, kadang kala bersaiz kecil dalam kelompok sedikit.


✅ Kalau sekali imbas, kita dapat lihat "jerawat" tersebut macam tekstur kulit ayam yang ada bongol kecik-kecik macam keratosis pilaris.


✅ Selalunya "jerawat" tersebut tak ada “mata” macam jerawat biasa.


✅ Tempat paling common pityrosporum folliculitis ialah di bahagian dahi. Most cases, kat bahagian dahi je tempatnya.


✅ Penggunaan kebanyakan produk penjagaan wajah (skincare) boleh memburukkan lagi masalah ini. May be 1 atau 2 hari nampak okay, then dia mai semula dengan banyaknya. So, please stop.


✅ Elakkan oil cleansing. Oil cleansing akan membuatkannya lebih teruk dan sakit/gatal. Yis sangat suka dengan minyak, especially kalau minyak tu melembapkan. Lagi lah berkembang-kembang generasi dia.


👉Semoga quick info ini dapat memberikan sedikit informasi dan bermanfaat kepada korang tentang "FUNGAL ACNE". Untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang tak reda-reda, atau jerawat seperti ciri-ciri di atas ini, segeralah dapatkan rawatan daripada dermatologist atau doktor di hospital ataupun klinik berhampiran. Penggunaan produk penjagaan wajah (walaupun yang paling mahal atau yang paling power atau yang paling popular ataupun yang mempunyai dosage yang tinggi) TETAP TIDAK membantu mengatasi masalah ini. "Fungal acne" adalah sangat berbeza daripada jerawat biasa.

Kesimpulannya, "Fungal acne" ini cuma term yang digunakan dalam media social. Hakikatnya, ia BUKAN jenis jerawat. Ia adalah salah satu daripada beribu masalah kulit dan namanya pityrosporum folliculitis. Segera dapatkan rawatan ya!


Remember, listen to your skin.


Semoga berjaya mengatasi masalah jerawat tersebut. Kalau suka posti ini jangan lupa #LIKE dan #SHAREya. Terima kasih korang. See you all tomorrow.


Have a nice day everyone!


17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page