[QUICK INFO] APA ITU PROBIOTICS?
- Cik Jojo

- 27 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk Quick Info hari ini, Cik Jojo nak share sikit tentang probiotics (probiotik, eh betul ke perkataan ni, mohon correctkan kalau salah na..). In case korang pernah dengar perkataan probiotics ini atau tahu serba sedikit mengenainya, it means korang dah tahu lah mengenai bakteria baik dan bakteria tak baik.

Secara ringkasnya, probiotics ini berkaitan dengan bakteria baik yang membantu menguatkan sel-sel imun kita yang terdapat kat bahagian intestine’s mucous membrane (membrane mucus usus kita).
Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan probiotik membantu mengurangkan keradangan, jangkitan, cirit-birit pada kanak-kanak, dan cirit-birit masa tengah travel. Pada masa ini, kita juga boleh menemui penggunaan probiotik bukan sahaja untuk usus tetapi juga kulit kita! Sekiranya kita melihat perkembangan industri skincare ini dengan teliti, terdapat beberapa brand terutamanya dari Korea Selatan dan Jepun yang gunakan probiotik dalam produk penjagaan kulit mereka. Yang ni korang google sendiri naaaa brand apa.. hehe!
Sangat menarik bila kita lihat evolusi dalam industri skincare ni dan penyelidikan probiotics dalam skincare masih lagi berjalan.
Kot korang berminat nak tahu perkembangan penyelidikan dalam niche ini, boleh baca dan rujuk kat artikel di bawah ini ya!
1) Ouwehand, A.C., Båtsman, A. and Salminen, S., 2003. Probiotics for the skin: a new area of potential application?. Letters in applied microbiology, 36(5), pp.327-331.
2) Maguire, M. and Maguire, G., 2017. The role of microbiota, and probiotics and prebiotics in skin health. Archives of Dermatological Research, 309(6), pp.411-421.
3) Krutmann, J., 2009. Pre-and probiotics for human skin. Journal of dermatological science, 54(1), pp.1-5.
Semoga perkongsian ini dapat menambahkan maklumat dan sekaligus membantu memahami industri skincare ini. Walau apa pun, always listen to what your skin needs tau.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen