[QUICK INFO] APAKAH YANG TERDAPAT DALAM PRODUK MASCARA?
- Cik Jojo

- 9 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Siapa kat sini suka gunakan mascara? Korang tahu tak yang produk mascara ni sebenarnya lama zaman berzaman dah dijumpai dan digunakan dalam dunia kecantikan wanita ni. Tetapi, brand pertama yang mencipta dan mengkomersialkan produk mascara adalah MAYBELLINE! Cerita macam mana mascara ni direka adalah kejadian yang berlaku secara kebetulan yang dilalui oleh adik perempuan inventor bernama Mabel William. Satu hari si Mabel ni nak frosting kek dengan menggunakan gula yang dicairkan kat stove, tetibe dia terjatuh dan terkena flame yang menyambar eyebrows dan eyelashes dia. Panik dan rasa segan sebab dah burnt kan..., dia pun dok la cari cara untuk adjust eyelashes dia tu dengan menggunakan petroleum jelly (kalau zaman sekarang ni equal tu vaseline) dicampurkan dengan sedikit ash (abu). So, masa dinner satu family berkumpul bersama dan tetibe abang dia tanya lah kat si Mabel tu, “awak buat apa pada wajah, nampak lain dan sedikit cantik daripada biasa”. Then, si Mabel pun ceritalah kat abang dia apa yang terjadi. Abang dia ni lah yang telah mencipta produk bernama mascara yang diinspirasikan daripada kejadian adik dia si Mabel. Tom Lyle William, itu lah nama inventor mascara, ya seorang lelaki!

Menarikkan kan the story behind a brand? Paling best, Cik Jojo penah berhubung dan interview family dynasty Maybelline melalui cucu inventor tersebut, ni masa kena hantar kerja kat New York. Eh, jauh pulak kelaut.... get back to our posting hari ini. Dalam ringkasan yang Cik Jojo ceritakan ni cuma ada 2 ingredients je kan. Tetapi evolution produk mascara ni jauh advanced dah. Untuk pengetahuan semua, produk mascara terbahagi kepada ingredient berikut;
1) Waxes:
Adalah ingredient paling utama yang membantu untuk berikan ketebalan produk mascara. Yang membuatkan eyelashes lentik tinggi, ingredient ini lah yang membantu.
2) Pigments:
Ini lah yang memberikan warna-warna menarik pada produk mascara.
3) Oils:
Kehadiran oils dalam mascara adalah untuk memberikan finishing glossy. Mengancam!
4) Water:
Air adalah ingredient base produk mascara yang membuatkan keseluruhan produk ini adalah berciri washable.
5) Thickeners:
Ia digunakan untuk dikombinasikan bersama waxes menghasilkan viscosity yang tebal dan high resistance terhadap sebum.
6) Preservatives :
Ni penting sebab nak buatkan produk mascara tahan lama dan terhindar daripada contaminated.
Semoga dapat something daripada post ini! Kalau suka dengan post ini, jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Siapa kat sini guna Maybelline? Kalau korang salah seorang pengguna atau peminat brand Maybelline, you should know this story! Kalau nak sembang or tanya soalan lanjut tulis kat komen okay!
Paling penting sekali, stay safe and take care all. Jaga social distancing tau.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen