[QUICK INFO] BOLEH KE MAKEUP MENJADIKAN WAJAH LEBIH TERUK?
- Cik Jojo

- 10 Ogo 2020
- 1 min membaca
Updated: 16 Ogo 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang, wah tajuk ni betul-betul mengundang seram. Tapi betul ke makeup boleh menjadikan kulit wajah lebih teruk?
👉 First of all, jadilah seorang yang peka terhadap ingredient produk kecantikan yang digunakan, ini termasuklah skincare dan makeup. Kalau susah sangat nak faham senarai ingredients, cuba ambil tahu ingredient di row teratas iaitu functional ingredients produk tersebut (maksima 5 jenis je). Contohnya untuk makeup, lihat ingredients seperti titanium dioxide, zinc oxide, mica, bismuth oxychloride, and iron oxide (di mana kebanyakan ingredients ini terdapat dalam mineral makeup), yang menawarkan coverage yang baik dan tidak membuatkan liang pori-pori tersumbat atau memburukkan jerawat.
👉 Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan produk yang kita gunakan pada kulit dan bersifat lebih “occlusive”, kerana ia adalah lebih tebal dan boleh menyumbatkan liang pori-pori kulit.
👉 Andai kata, ada salah satu produk makeup yang menjadi punca masalah jerawat, cuba cari produk makeup bertekstur lotions atau serums berbanding jenis creams. Ini kerana tekstur lotions dan serums adalah water-based atau alcohol-based, dan produk makeup bertekstur cream pula adalah oil-based sekaligus dapat membuatkan jerawat menjadi lebih teruk. Contoh produk makeup yang perlu diteliti seperti ini adalah foundation dan primer.

👉 Nah, nampak tak bukan skincare sahaja kita perlu tahu mana yang bersesuaian, produk makeup juga wajar kita pertimbangkan tentang ingredients dan tekstur yang bersesuaian. Semoga post ini dapat memberikan manfaat.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen