[QUICK INFO] KESAN SAMPINGAN BENZOYL PEROXIDE
- Cik Jojo

- 25 Ogo 2020
- 2 min membaca
Updated: 2 Sep 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Siapa kat sini pernah gunakan produk yang mengandungi benzoyl peroxide? Alaaaah... ianya paling biasa digunakan untuk mengecutkan dan mengatasi masalah jerawat. Mungkin ada yang berjaya mengatasi masalah jerawat dengan benzoyl peroxide dan ada juga yang sebaliknya malah siap dapat pakej gatal dan burning lagi.
📍 Untuk pengetahuan semua, benzoyl peroxide boleh mengakibatkan kegatalan, kemerahan, dan kekeringan untuk sesetengah orang pada penggunaannya dalam beberapa minggu.Perkara ini dikenali sebagai “hardening effect” dan ianya normal. Walau bagaimanapun, hanya 1-3% pengguna benzoyl peroxide mungkin mengalami reaksi allergik seperti terdapat kuping/kerak pada kawasan yang disapukan benzoyl peroxide, keradangan (inflammation), dan burning sensation kepada kulit. Untuk mereka yang mengalami kesan begini MESTI hentikan penggunaannya serta merta. 🤓😌 Antara produk benzoyl peroxide yang berkesan untuk mengecutkan jerawat, serta selamat adalah:
OXY 5 Acne Pimple Treatment with Benzoyl Peroxide (Kekuatan yang rendah, sesuai untuk beginner)
Oxy 10 Acne Pimple Treatment - Benzoyl Peroxide (Kekuatan maksima, sesuai untuk yang sudah menggunakan kekuatan 5% )
Benzac AC 5% (benzoyl peroxide 5%) (Kekuatan yang rendah)
OXY Cover Up Acne Pimple Medication Benzoyl Peroxide 10% (Kekuatan maksima, sesuai untuk cover up jerawat dengan warna kulit)
PanOxyl Benzoyl Peroxide 10% Deep Cleaning Acne Control (Kekuatan maksima, sesuai untuk yang sudah menggunakan kekuatan 5%)
Neutrogena Acne Spot Gel, Maximum Strength (Kekuatan maksima, sesuai untuk kulit berminyak dan yang sukakan tekstur gel)
📍 Selain itu, kalau korang perasan bila gunakan benzoyl peroxide ni dah kita pun sedap je tido kat bantal yang empuk, esok bangun pagi nampak perubahan warna kat bantal tu. Ini kerana benzoyl peroxide juga mempunyai ciri bleaching effect (peluntur) kepada fabrik dan rambut. Untuk mereka yang tak boleh tolerate dengan benzoyl peroxide, boleh cuba alternative seperti salicylic acid, sulfur, (vitamin A dan azelaic acid** yang dua ni kena tanya doktor atau pharmacist either kena dapatkan presciption atau tidak). 😉

All the best korang! Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan mudah putus asa tau. Semoga bermanfaat.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen