top of page

[QUICK INFO] MACAM MANA MEROKOK BOLEH MENGAKIBATKAN KEDUTAN ATAU MEMPERCEPATKAN PENUAAN?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 3 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Tentu korang dah selalu sangat dengar yang merokok dan minum alkohol boleh mempercepatkan penuaan dan kehadiran kedutan pada kulit wajah. Tapi, macam mana merokok tu boleh membuatkan cepat nampak tua, ya? Bukan kita makan pun rokok tu. Kalau korang ada soalan yang lebih kurang macam ini, here are 3 reasons why does smoking cause wrinkles. Jom check naaaa;


1) Merokok boleh menyebabkan kolagen dan elastin kulit kita breakdown. As a friendly reminder, kolagen dan elastin ni lah yang buatkan buat kita anjal dan nampak muda. So, kalau dah breakdown, ia mengganggu lah proses yang sepatutnya tu. Kesian kulit kita.


2) Apabila kolagen dan elastin breakdown, sekaligus ia membantutkan produksi kolagen seperti yang sepatutnya pada sekian-sekian umur. Makanya, tak dapat lah nak enjoy aging gracefully. Terpaksalah hadap aging lebih awal daripada umur.


3) Dalam post yang lalu, kan Cik Jojo ada gitau kulit paling nipis sekali ialah kat area mata kita ni especially eyelids. So, bila merokok, tempat paling visible nampak garis halus dan kedutan adalah kat bahagian ini. Eye wrinkling terjadi disebabkan oleh smoke irritation. Tak memasal, sekali senyum terus nampak banyak garis halus dan kedutan. Then, kita pula yang stress tengok muka sendiri nampak tua daripada umur. Kononnya, merokok nak “hilangkan stress” tapi sebenarnya menambahkan stress.


So, korang nampak tak hubung kait dari point no 1. no 2 dan no 3. Semuanya bersangkut paut tau. Semoga penerangan ini dapat memberikan sedikit informasi dan pengajaran.


Untuk mereka yang interested nak baca kajian saintifik mengenai post ini, boleh rujuk pada artikel di bawah ya:


1) Koh, J.S., Kang, H., Choi, S.W. and Kim, H.O., 2002. Cigarette smoking associated with premature facial wrinkling: image analysis of facial skin replicas. International journal of dermatology, 41(1), pp.21-27.


2) Aizen, E. and Gilhar, A., 2001. Smoking effect on skin wrinkling in the aged population. International journal of dermatology, 40(7), pp.431-433.


3) Okada, H.C., Alleyne, B., Varghai, K., Kinder, K. and Guyuron, B., 2013. Facial changes caused by smoking: a comparison between smoking and nonsmoking identical twins. Plastic and reconstructive surgery, 132(5), pp.1085-1092.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page