top of page

[QUICK INFO] MASALAH MILIA DAN CARA MENGATASINYA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 14 Jul 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Untuk quick info petang ini, Cik Jojo nak sharekan tentang masalah Milia yang sering terjadi pada kita dan beberapa cara untuk mengatasinya.


✅ Milia berbentuk bintik kecil atau bebola kecil berwarna putih yang keras dan timbul pada permukataan kulit. Selalunya, milia ini boleh terjadi disekitar bahagian bawah kulit mata. Kadang kala, ramai yang sering tersalah anggap di antara Milia dan Whiteheads.


✅ Milia adalah bebola kecil KERATIN iaitu sejenis protein yang terdapat dalam sel kulit mati yang guna ada pada rambut.


✅ Perbezaan di antara Milia dan Whiteheads adalah, Milia tidak mempunyai sebum seperti Whiteheads dan Blackheads. Secara logik dan amnya, Milia TIDAK BOLEH di tarik keluar dengan menggunakan sebarang beauty tools. Milia boleh ditarik keluar melalui pembedahan kecil (minor) oleh doktor yang berlesen dan bertauliah/dermatologist, dan BUKAN selain mereka ini.


👉Punca masalah Milia ini masih samar-samar walaupun terdapat kajian mengenainya. Walau bagaimanpun, masalah Milia sering terjadi kepada mereka yang mempunyai jenis KULIT KERING. Penggunaan heavy moisturiser ataupun eye creams boleh menyumbang kepada terjadinya masalah Milia.


👉Terdapat beberapa cara untuk mengatasi Milia ini, antaranya;


📍 Pembedahan kecil yang hanya boleh dilakukan oleh dermatologist/doktor.


📍 Penggunaan chemical exfoliation seperti AHAs dan enzymes boleh membantu. Malah, penggunaan Vitamin C dan retinoids juga dapat membantu. Selain itu, khidmat professional peel juga sedikit sebanyak secara kerap boleh dilakukan.


📍 Tindakan paling baik sekali dan tidak memerlukan sebarang cost adalah biarkan sahaja. Ini kerana Milia boleh hilang dengan sendiri, berikan jangka masa tertentu untuk sel kulit mati disingkirkan secara natural.


👉So, inilah penerangan ringkas tentang Milia dan cara untuk mengatasinya. Kepada mereka yang menggunakan eye creams, boleh lakukan observation sendiri. Lihat sebarang perubahan pada minggu pertama penggunaan. Sekiranya nampak tekstur sedikit tidak sekata atau macam nak jadi Milia, boleh kurangkan kuantiti creams tersebut dan gunakan dengan sangat nipis. Kulit di bahagian mata adalah yang ternipis dan sangat delicate. Jika selepas dua minggu masih terjadi, hentikan penggunaan eye creams tersebut. It’s hurt to do sebab eye creams memang sangat mahal but that is the best thing to do😉. Remember always listen to your skin.


Semoga post ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mengalami masalah ini. All the best dan take care korang!

Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page