top of page

[QUICK INFO] MITOS ATAU FAKTA: PRODUK SKINCARE BEBAS DARI PRESERVATIVE

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 2 Nov 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Tentu korang pernah atau selalu nampak iklan produk skincare yang berlabel atau claim “preservative-free”, “bebas daripada bahan kima”, “tidak menggunakan preservative”, dan sebagainya. Persoalannya, adalah ianya benar-benar tiada preservative? Kalau tak ada preservative, adakah ianya selamat dan bagaimana jangka hayat produk tersebut? Kalau curious nak tahu, jom check this post.

MITOS: Pengguna perlu melihat produk skincare yang berlabel atau ada claim preservative-free untuk lebih selamat dan bagus.


FAKTA: Hampir semua produk skincare memerlukan preservative yang efektif untuk membuatkan produk tersebut lebih selamat digunakan.


Untuk pengetahuan semua, terma “preservative-free” atau bebas daripada preservative ini bermaksud ianya bebas daripada preservative kimia. Ia adalah tidak mustahil jika ada produk skincare yang bebas daripada preservative JIKA ianya di STERILIZED dan di PACKED/STORED dengan inovasi tertentu (contohnya, boleh lihat packaging produk La Roche Posay), dimana mereka sangat mengawal ketat kualiti packaging untuk menjaga kualiti produk mereka dengan claim sebegini. Claim atau label “preservative-free” ini TIDAK SEPATUTNYA digunakan sesuka hati tanpa mengetahui definisinya dalam industri ini. Apa yang lebih TEPAT sepatutnya untuk produk-produk skincare dengan claim ini perlu menukarkannya kepada terma “SELF-PRESERVING” sebab formulasi produk yang terhasil amat-amat mudah untuk rosak jika tidak menggunakan preservative atau di packed atau di stored dalam packaging high quality yang terjamin.


Rujukan, sumber, dan bacaan lanjut:

Kabara, J.J. ed., 1997. Preservative-free and self-preserving cosmetics and drugs: principles and practices. CRC Press.


Semoga maklumat ini dapat dikongsikan bersama ya! Kalau suka post ini jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Terima kasih.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page