[QUICK INFO] NAK TUA SEIRING UMUR ATAU AGING GRACEFULLY? JOM BACA 9 TIPS INI.
- Cik Jojo

- 26 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Sesungguhnya kita semua ni akan tua. TIDAK ADA produk skincare mahupun rawatan tercanggih hingga hari ini yang mampu buatkan kulit kita stay muda forever and ever. Itu adalah hakikat kehidupan kita semua. Tapi produk skincare kat pasaran tu macam mana pulak? Produk skincare hanya menjual produk mereka, berniagalah kan… Sebab itu mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan customers melalui iklan dan marketing. Adakah salah? Tentulah tidak. Yang jadi salah jika ada unsur penipuan dan melanggar undang-undang yang ditetapkan. Sebagai customers, kita juga perlu memainkan peranan dengan cara mendapatkan informasi yang betul sebelum membuat pembelian.

Kesimpulannya, produk skincare untuk muda forever and ever memang TIDAK ADA, tetapi yang ada hanyalah beberapa tips untuk tua seiring umur atau orang putih panggil aging gracefully!
Nak tahu caranya, jom check it out;
1) Gunakan dan re-apply sunscreen SPF dan moisturiser setiap hari
2) Tambahkan retinol dan vitamin C dalam skincare journey
3) Tidur dengan cukup setiap hari
4) Tidak mengambil gula berlebihan dalam diet setiap hari
5) Minum air kosong mencukupi setiap hari
6) Elakkan daripada merokok, asap rokok dan pencemaran
7) Kurangkan stress (kalau stress, cuba cari cara untuk kurangkan)
8) Bersenam
9) Diet seimbang dan banyakan makan buahan dan sayuran segar
Selamat mencuba! Walaupun schedule seharian kita agak pack, cuba dapatkan sedikit masa untuk bersenam (contohnya) dalam 20 minutes pun dah okay dan tak perlu pun bagai nak rak senaman, cukup sekadar keluar peluh. Kita pun bukahlah atlet, we just want to get healthy, aging gracefully.
Kat sini, nenek umur 80s dan 90s pun still spending their time walking dan hiking together.... terus Cik Jojo rasa tamparan wanita... hehe!
Korang take care, jangan lupa cuci tangan selalu atau gunakan hand sanitiser kat luar, dan paling penting mask jangan tinggal tau. We can fight covid-19 together.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen