[QUICK INFO] PRODUK SKINCARE TIDAK AKAN BERKESAN JIKA KITA TIDAK MELAKUKAN PERKARA INI
- Cik Jojo

- 6 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Korang pernah tak gunakan produk-produk skincare (yang selamat) dengan ingredients yang bagus dan memang sesuai untuk jenis kulit dan skin concern TETAPI hasilnya tak berapa nampak, nan hado, nada, tak ada perubahan pun? Kalau pernah mengalami situasi seperti ini, ini adalah kemungkinan paling besar terjadi dan biasa terjadi kepada setiap orang yang tak berapa amik port sangat. Apa dia? SUNSCREEN.

Untuk pengetahuan semua, kita TIDAK MUNGKIN mendapat hasil seperti yang diharapkan jika menggunakan produk skincare TANPA produk sunscreen. So, segala produk spot treatment, serum untuk skin concern semua tu TIDAK DAPAT berfungsi dengan baik. Mahal-mahal kita beli tapi tidak berhasil, tentulah sedih kan. Bila segala usaha sia-sia, tanpa disedari matlamat nak capai kulit cantik dan sihat pun tergendala. Kat sini lah fungsi paling utama SUNSCREEN.
SUNSCREEN ni selain dia melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, ia juga dapat membantu produk skincare yang digunakan sebelumnya berfungsi dengan baik. Penggunaan produk sunscreen ni dapat MEMBANTU dan MEMPERCEPATKAN kita mencapai skin goal tau. Nampak macam tak percaya je, tapi cuba dan lihat sendiri.
As a friendly reminder, sunscreen ini perlu digunakan walaupun kita berada dalam rumah, cuaca mendung, cuaca hujan, musim sejuk, berbaju lengan panjang, terlindung dari matahari dan memakai topi. Kiranya, mesti digunakan walau apa keadaan persekitaran.
Semoga this reminder dapat sentiasa menjadi peringatan kita setiap hari. Sunscreen adalah kawan baik kulit kita. You take care and love yourself okay!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen