[QUICK INFO] RUTIN PENJAGAAN WAJAH TAMBAHAN UNTUK ORANG LELAKI
- Cik Jojo
- 12 Nov 2020
- 2 min membaca
Updated: 12 Nov 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Cik Jojo pernah postkan tentang penjagaan ASAS untuk orang lelaki. So, quick info hari ini, jom Cik Jojo share kan tentang rutin penjagaan wajah tambahan untuk orang lelaki. Untuk makluman, kulit orang lelaki adalah lebih tinggi kandungan sebum berbanding kulit orang perempuan. So, liang pori-pori orang lelaki kelihatan sedikit lebih besar dan agak visible. Selain itu kulit orang lelaki adalah lebih tebal berbanding kulit orang perempuan. Walau bagaimanapun, transepidermal water loss (TEWL) adalah lebih rendah di kalangan kulit orang lelaki berbanding kulit orang perempuan. Daripada ciri-ciri ini pun kita boleh lihat yang rutin penjagaan wajah untuk orang lelaki adalah sedikit berbeza. Dalam post yang lalu, perkara asas dalam rutin penjagaan wajah orang lelaki termasuklah CLEANSER, TONER, MOISTURISER, dan SUNSCREEN.

Untuk quick info hari ini, jom kita lihat tambahan steps untuk rutin penjagaan orang lelaki seperti dalam gambar yang Cik Jojo share kan ini. Antara steps rutin penjagaan wajah orang lelaki;
CLEANSER
EXFOLIATE
TONER
MOISTURISER
SUNSCREEN
EXTRACTION FACIALS
Penggunaan exfoliant adalah bagus dalam membantu menyingkirkan sel kulit mati dengan baik terutamannya exfoliant jenis chemical.
Penambahan extration facials pula sangat bagus untuk membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori-pori kulit orang lelaki memandangkan visibility begitu jelas dan liang pori-pori sedikit besar (sebab kebarangkalian untuk whitehead dan blackheads adalah tinggi, so extraction facials adalah bagus). Walau bagaimanapun, extraction facials ini haruslah dilakukan dengan aesthetician/beautician yang ada kelayakan dan pengalaman. Jangan lakukan sendiri sebab boleh mengakibatkan luka kecil atau kecederaan.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Orang lelaki zaman ini ramai yang menitik beratkan tentang penampilan mereka termasuklah bahagian kulit. Selamat mencuba dan semoga membantu.
Bacaan terdahulu, boleh semak di:
Have a nice day everyone!

Comments