top of page

[QUICK INFO] SPOT TREATMENT DENGAN PRODUK SKINCARE UNTUK JERAWAT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 10 Nov 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Siapa kat sini gunakan spot treatment untuk mengatasi masalah jerawat dengan any skincare product? Penggunaan produk spot treatment untuk jerawat ni boleh digunakan untuk jerawat yang biasa atau tidak kronik sahaja. Kalau jenis jerawat yang terlampau banyak, disebabkan fungus, yang pedih, ada keradangan teruk dan terasa sakit hinggakan boleh membuatkannya berdarah, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan paling sesuai. Ingat tau, setiap orang mempunyai kulit yang unik dan masalah individual.

Untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang biasa atau tidak kronik, contohnya disebabkan oleh pertukaran hormone setiap bulan, atau sebab pemakanan, atau minyak berlebihan, boleh pertimbangkan spot treatment berikut;


Acne patches (acne patches ni sangat bagus sebab ia dapat mengelakkan tangan kita yang gatal sangat nak sentuh atau picit jerawat tu. Selain dapat menghindari, ia juga bertindak sebagai gentle treatment).

  • Azelaic acid

  • Salicylic acid

  • Sulfur treatment

  • Benzoyl peroxide (tidak semua orang boleh tolerate dengan BPO ni, alternatifnya boleh cuba sulfur atau azelaic acid)

All the best untuk korang yang tengah cari produk spot treatment yang bersesuaian dengan kulit korang. Ingat tau, kebanyakan produk spot treatment di pasaran ni, ciri utamanya adalah mengeringkan atau mengecutkan jerawat, so jangan lupa cari toner dan moisturiser yang hydrating.


Stay safe and take care all. Kalau suka post ini jangan lupa #SHARE kan ya! Terima kasih.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page