top of page

REVIEW: 3W CLINIC INTENSIVE UV SUNBLOCK CREAM

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 27 Sep 2020
  • 3 min membaca

Updated: 13 Dis 2020

Hai semua! Cik Jojo dapat beberapa request untuk produk sunscreen daripada 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream daripada beberapa orang pengunjung blog ini dan facebook page NURÉAA. So, here it is!

Untuk pengetahuan semua, sunscreen 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ini adalah berasal dari Korea Selatan. Ia sangat mudah diratakan keseluruh kulit muka tanpa rasa melekit! Bukan itu sahaja ya, penggunaan sunscreen ini juga dapat memberikan hasil dewy look, dimana ianya sangat best digunakan sebelum makeup atau sebagai makeup base mahupun tanpa sebarang makeup dikenakan. Ini kerana, produk sunscreen 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ini memberikan kelembapan yang tinggi dan memberikan hydration yang baik untuk kulit kita.


Sebelum itu, jom kita lihat dulu claim produk ini ya. 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream membuat 4 claim utama iaitu

  • memberikan protection yang sangat tinggi sehingga SPF50+ PA+++

  • mempunyai beberapa agen pelembap yang tinggi seperti aloe vera, mulberry root dan red ginseng!

  • dapat mengurangkan rasa merengsa (irritation) kerana ingredient produk ini kebanyakannya berasal dari ekstrak tumbuhan natural

  • produk ini tersangatlah ringan. Teksturnya yang lightweight dan ada sedikit bau segar (mungkin tidak sesuai untuk mereka yang tidak boleh tolerate dengan fragrance)

3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream mempunyai protection filters yang bagus dan membantu memberikan protection yang tinggi daripada sinaran UVA dan UVB. Antaranya termasuklah;

  • titanium dioxide

  • zinc oxide

  • ethylhexyl triazone

  • ethylhexyl methoxycinnamate

  • ethylhexyl salicylate

  • diethylamino hydroxybenzoyl hexyl benzoate

Tekstur produk sunscreen ini sangat ringan dan lembut. Ia mempunyai warna sedikit kuning pudar yang seakan-akan putih. Penggunaan sunscreen ini juga dapat memberikan efek glowing yang sekata tau. So, korang fahamlah kenapa 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ini sangat viral di Malaysia! Untuk pengetahuan semua, produk ini mempunyai sedikit bauan yang segar, tetapi TIDAK terlalu kuat. Ingredient fragrance yang terdalam dalam produk ini terletak pada row paling bawah sekali. So, untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang alahan atau masalah, produk ini sangat highly recommended. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau mudah mendapat alahan kepada fragrance, cuba elakkan penggunaan produk ini ya!

Untuk makluman, produk sunscreen 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ini berasaskan air dan teksturnya yang ringan seperti losyen memudahkannya menyerap dengan baik kepada kulit. Bukan itu sahaja, sunscreen ini juga memberikan kelembapan TANPA rasa melekit atau tidak selesa. Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi, jangan risau pada bahagian T-ZONE kerana produk sunscreen 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ini tidak meninggalkan rasa berkilat atau berminyak pada bahagian ini. Selesa!


Apa yang lebih unik dan menarik tentang sunscreen ini berbanding ratusan sunscreen lain di pasaran ialah ia TIDAK membuatkan rasa merengsa atau pedih pada bahagian mata. So, korang boleh sapukan sunscreen ini rata ke seluruh kulit wajah termasuklah di area eyelids! Best ke tak? Fully protection daripada sinaran UVA dan UVB yang merbahaya tu. Paling penting sekali, produk sunscreen ini sangat mudah dibersihkan dari kulit wajah dengan air bersih mahupun cleansing oil. Walau bagaimanapun, produk ini mengandungi propylparaben yang bertindak sebagai preservative. So, untuk mereka yang mempunyai alahan kepada ingredient ini, boleh buat pertimbangan yang sepatutnya.

Kesimpulannya, produk sunscreen 3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream ini sangat-sangat bagus dengan harganya yang tersangat mampu milik, made in South Korea, dan mengandungi properties yang baik untuk kulit seperti ingredients anti-aging, anti-oxidising, mencerah dan memutihkan kulit wajah, moisturising, soothing, dan menyegarkan. Walaupun boleh digunakan untuk SEMUA JENIS KULIT, hasil yang paling efektif dan ketara adalah untuk mereka yang mempunyai kulit kering, kulit matang (mature skin) dan skin condition dehydrated. Jangan lupa untuk mendapat produk sunscreen ini ya! Kalau korang nak beli kat shopee, pilih trusted seller tau!. Jika ada sebarang soalan mengenai produk ini, atau tips kecantikan atau apa sahaja yang berkaitan, boleh emelkan kepada info@nureaa.com.

1 Comment


saidatulwardiah00
Mar 02, 2021

KeSalam, nak tnye sunblock ni prlu cuci guna remover dlu ke sblum ambl wduk, tak blh ke cuci guna air sje....

Like
Post: Blog2_Post
bottom of page