REVIEW: BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE
- Cik Jojo
- 6 Jul 2020
- 4 min membaca
Updated: 13 Dis 2020
Hai semua! Kita jumpa lagi dalam post review produk kali ini. Untuk post kali ini, kami akan membuat review produk pesaing terdekat PURITO iaitu BENTON. BENTON adalah antara brands dari Korea Selatan yang cukup terkenal dengan clean ingredients dan sering diperkatakan oleh ramai skincare lover di seluruh dunia. Untuk post kali ini, kami memilih produk BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE untuk direview. Tentu ada yang ingin mendaptkan kepastian tentang produk essence ini, betul tak? Terlalu banyak review dan youtube recommendation mengenainya, so jom kita lihat apakah kelebihan produk ini.
Apabila dilihat pada claim produk BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE ini, ia cuma dapat membantu meningkatkan hydration kulit, meningkatkan complexion kulit, dan menjadikan kulit lebih licin. Itu sahaja. Walau bagaimanapun, hasil daripada penggunaan produk ini diakui dan terbukti oleh kebanyakan pengguna yang telah menggunakannya dengan beberapa hasil tambahan yang lain. Antara kesan positif daripada penggunaan produk ini termasuklah memudarkan PARUT JERAWAT, mengurangkan KEMERAHAN, menghilangkan GARIS HALUS, LIANG PORI-PORI semakin pudar (invisible), dan kulit lebih CERAH. Wow, banyak tu hasil yang baik daripada produk ini, so kami lakukan observation untuk produk ini dengan menggunakan 4 orang volunteer dalam meneliti hasil penggunaan produk ini sendiri. Nak tau lanjut, teruskan membaca.
Untuk pengetahuan, produk BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE dibotolkan dalam botol plastic tebal berkualiti tinggi dan berwarna coklat gelap bersaiz 60ML. Botol ini dilengkapi dengan pump untuk mengeluarkan isinya dengan mudah dan tidak comot, so hygiene produk ini terjaga. Produk essence ini tidak mempunyai sebarang bau, dan ia bertekstur gel yang membantu menyerap dengan cepat terus ke dalam kulit wajah. Dengan penggunaan produk ini, kulit akan terasa lembab disebabkan oleh beberapa ingredientsnya yang hydrating. Untuk hasil yang maksimal, gunakan produk essence ini setiap hari dalam rutin siang dan malam selepas menggunakan hydrating toner.
BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE mengandungi ingredient utama seperti snail secretion filtrate (lendir siput), bee venom, sh-oligopeptide-1 (sejenis peptide yang sangat bagus), dan botanical extract lain. Walaupun produk essence ini mengandungi lendir siput, ia langsung tidak membuatkan kulit melekit malah ianya sangat ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit. Untuk pengetahuan, produk essence ini adalah BEBAS daripada alcohol, fragrance dan essential oils. So, ianya sangat selamat dan sesuai digunakan untuk SEMUA JENIS KULIT. Berikut adalah ingredients yang paling utama dan terbaik yang terdapat dalam produk ini;
Daripada senarai ingredients utama dan terbaik di atas ini, kesimpulan yang boleh dilakukan adalah produk ini mengandungi beberapa agen terbaik untuk mengatasi masalah kulit;
ANTIOXIDANT, mempunyai ingredient snail secretion filtrate yang tinggi
AGEN MERANGSANG PERTUMBUHAN SEL BARU, kerana mempunyai niacinamide, sh-Oligopeptide-1, dan adenosine
AGEN BRIGHTENING, kehadiran niacinamide
AGEN MENGUATKAN SKIN BARRIER, seperti glycerin dan arginine
AGEN MENENANGKAN, macam aloe barbadensis leaf juice, salix alba (willow bark extract), aloe barbadensis leaf extract, beta glucan, panthenol, dan allantoin
Untuk produk kali ini, 4 orang volunteer yang mempunyai KULIT BERMINYAK dan kondisi BERJERAWAT digunakan. Oh ya, untuk mereka yang berminat menjadi volunteer, jangan lupa email kepada kami di info@nureaa.com. Observation dilakukan selama 4 minggu. Kesemua volunteer telah menggunakan produk BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE ini sekurang-kurangkan sekali sehari dan 2 kali sehari maksima. Tiada sebarang perubahan ketara direkodkan pada minggu pertama. Salah seorang volunteer mendapati pengecutan terdahap jerawat dan parut jerawat (warna gelap) pudar di hari terakhir minggu kedua. Dua lagi volunteer merekodkan hasil positif pada minggu ketiga penggunaan essence ini iaitu kulit wajah tidak berminyak dan parut jerawat (warna gelap) pudar dengan ketara. Pada minggu ke-4 penggunaan, semua volunteer merekodkan pencapaian yang baik sepanjang menggunakan produk ini. Persamaan hasil daripada penggunaan essence ini adalah; TEKSTUR kulit lebih licin, kulit wajah menjadi KURANG BERMINYAK, JERAWAT MENGECUT dan tidak memberikan rasa sakit, PARUT JERAWAT (jenis warna gelap) dapat dipudarkan dengan sangat ketara, LIANG PORI-PORI tidak terlihat jelas disebabkan pengeluaran sebum dapat dikawal baik, dan kulit menjadi LEBIH CERAH dan HYDRATING. Walau bagaimanapun, 3 daripada 4 volunteer bersetuju yang produk memerlukan lebih masa penggunaan untuk memudarkan parut jerawat (warna merah/pink), kerana dalam masa 4 minggu cuma parut jerawat (warna merah) yang kecil sahaja dapat dikurangkan.
Daripada ingredients yang tertera, claim produk dan hasil penggunaan produk ini, kami sangat bersetuju yang BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE ini adalah produk yang boleh dipercayai dan harus dicuba oleh semua orang terutamanya mereka yang inginkan kulit yang hydrating, menghilangkan parut jerawat warna gelap, kulit licin, mengawal minyak berlebihan dan ‘mengecilkan’ liang pori-pori daripada kelihatan. Produk ini sangat selamat kerana ianya BEBAS daripada segala bahan kimia merbahaya dan ingredients yang memudaratkan kulit.
Kepada mereka yang berminat untuk cuba produk BENTON SNAIL BEE HIGH CONTENT ESSENCE ini, harganya berada di sekitar RM40 hingga RM80 dan dijual hanya dalam saiz 60ML (original pack). Perhatian, brands BENTON ini juga menjadi target mereka yang tidak bertanggungjawab menjual produk re-pack dan produk counterfeit (fake produk), jadi hati-hati ketika membuat pembelian. Kalau untuk lebih selamat dan tak nak ambil risiko, boleh check perbandingan harga terbaik dan offer menarik di platfrom trusted ini ataupun kat SINI. Untuk perbandingan harga, harga di Korea Selatan untuk produk ini sekitar USD16.80 (lebih kurang RM72). Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com
Comments