top of page

REVIEW: DEAR KLAIRS SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 30 Dis 2019
  • 3 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua! Toner adalah salah satu produk skincare yang sangat mudah menyerap ke dalam lapisan kulit dan menjadi salah satu cara untuk memberikan kulit lebih hydration dan plump! Produk toner dapat menyelamatkan kulit daripada masalah dehydration, kulit kering, mengelupas, dan aging. So, post review kali ini adalah antara produk yang ditunggu-tunggu iaitu DEAR KLAIRS Supple Preparation Facial Toner.

Toner ini sangat popular di kalangan K-Beauty skincare lover. Terdapat dua jenis versi untuk toner dari Dear Klairs ini:

Dua versi produk toner ini direka untuk dinikmati oleh semua jenis kulit tetapi hendaknya mengetahui versi yang bersesuaian. Untuk mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF atau mereka yang alah kepada fragrance dan essential oils, boleh dapatkan versi UNSCENTED (botol berwarna lutsinar). Ini kerana, versi SCENTED (botol berwarna gelap) mempunyai beberapa ingredients yang boleh mengakibatkan rasa merengsa untuk mereka yang berada dalam kumpulan tersebut, seperti;

  • Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil

  • Eucalyptus Globulus Leaf Oil

  • Pelargonium Graveolens Flower Oil

  • Citrus Limon (Lemon) Peel Oil

  • Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil

  • Cananga Odorata Flower Oil

Persamaan kedua-dua versi toner ini adalah mereka mempunyai ingredients yang ada unsur HYDRATING seperti Sodium hyaluroate; unsur SOOTHING seperti Centella asiatica extract, Beta-glucan, Aloe barbadensis leaf extract, dan Panthenol; unsur ANTIOXIDANT seperti Tocopheryl acetate dan Arginine; unsur BRIGTHENING seperti Glyccyrrhiza glabra (Licorice) root extract dan Sodium ascotbyl phosphate. Untuk mereka yang ingin mengatasi masalah KULIT KERING, MENGELUPAS, DEHYDRATED, MENCERAHKAN KULIT, dan MEREDAKAN RASA SAKIT AKIBAT KERADANGAN JERAWAT, pemilihan toner ini dalam versi yang sesuai sangat membantu.

Apabila dilihat pada ingredients yang tertera, boleh dikatakan hampir kesemua ingredients utama toner ini mempunyai manfaat yang sangat bagus. Untuk pengetahuan pengguna, toner dari Dear Klairs ini adalah BEBAS daripada alkohol, parabens, silicone, steroid, artificial coloring, artificial fragrance, dan ingredients yang boleh mengakibatkan breakouts. Berikut adalah ingredient utama produk ini untuk kedua-dua jenis versi;

Fungsi utama toner ini adalah ia dapat membersihkan, mempersiapkan, dan menjaga keseimbangan pH untuk membantu penyerapan produk seterusnya dalam rutin penjagaan wajah. Maksudnya, selepas mencuci kulit wajah dengan bersih, boleh terus gunakan toner ini (jika produk essence tidak digunakan dalam rutin penjagaan). Jika pengguna ada menggunakan produk esssence (terutamnya jenis mikro) seperti SK-II Facial Treatment Essence, Neogen Dermalogy Real Ferment Micro, Missha Time Revolution First Treatment Essence RX, atau pun May Coop Raw Sauce, dalam rutin penjagaan wajah, gunakan produk toner ini SELEPAS produk essence. Ini kerana produk essence mempunyai molekul yang lebih kecil, ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit.

Tekstur toner DEAR KLAIRS SUPPLE PREPARATION TONER UNSCENTED ini nampak agak tebal (thick) TETAPI apabila dioleskan kepada kulit wajah, consistencynya mudah cair dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit. Disebabkan oleh tekstur yang sedikit tebal (thick) ini, penggunaannya lebih jimat (kerana tidak perlu digunaan dalam kuantiti yang banyak untuk mereka yang mempunyai kulit selain daripada kering) dan dapat bertahan di antara 6 hingg 8 bulan untuk botol 180ML. Untuk versi unscented ini, toner ini tidak mempunyai sebarang bau berbanding versi scented.

Kami telah melakukan method 7-skin layer kepada mereka yang mempunyai KULIT NORMAL, KULIT KOMBINASI, KULIT KERING dan KULIT MATANG, hasilnya amat memberangsangkan selepas 14 hari teknik ini dilakukan. Kulit menjadi plumping, supple, dan terlihat lebih cerah (dan glowing) berbanding pada hari pertama penggunaanya. Untuk KULIT SENSITIF dan KULIT BERMINYAK, penggunaan 3-skin dan 5-skin method lebih bersesuaian. Ini kerana, jika dilihat pada tekstur dan consistency toner ini, ia tidak akan memberikan rasa berat (heavy) dan melekit (sticky) yang memberikan rasa messy. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang memilih untuk menggunakan sekali sahaja, ianya tidak menjadi sebarang masalah. Perlu diingatkan yang toner ini adalah jenis hydrating, so memang tiada sebarang masalah jika ingin melakukan 3,5, mahupun 7-skin layer sebab ianya direka khas untuk tujuan ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba toner dari Dear Klairs ini, harganya sangat berbaloi dan mampu milik. Jika dilihat pada ingredients yang efektif dan kesan penggunaanya seawal 14 hari, toner bersaiz 180ML berharga sekitar RM60+ (boleh lihat promosi kat SINI), dan untuk pek percubaan 30ML berharga RM14.90 sahaja (juga terdapat promosi). Produk ini termasuk dalam produk pilihan kami dan penggunaannya bersama produk lain dalam rutin yang mempunyai ingredients efektif dapat boost kan lagi kesan yang sangat bagus. Selamat mencuba. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page