top of page

REVIEW: EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 3 Ogo 2020
  • 5 min membaca

Updated: 13 Dis 2020

Hai semua! Untuk post review hari ini, kami sangat teruja untuk menulis review produk untuk brand EASYDEW DW-EGF dari Korea Selatan. Mungkin ramai atau kebanyakan orang di Malaysia tidak pernah mendengar atau familiar dengan nama brand ini. Hakikatnya, EASY DEW DW-EGF ini adalah antara brand dermocosmetic yang terkenal di Korea Selatan dan di kalangan esthetician and dermatologist di sana. Untuk pengetahuan EASY DEW DW-EGF mempunyai skincare line yang menggunakan EGF medical grade untuk produk nya dan sangat baik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. EGF dikenali sebagai Epidermal Growth Factor, ingredient yang sangat penting untuk kulit wajah mendapatkan kulit yang anjal, tegang, dan licin. Sebelum EASY DEW DW-EGF menjadi komersial, brand ini hanya boleh didapati melalui medical clinics atau clinics kecantikan di Korea Selatan. So, untuk melihat hasil yang ditawarkan oleh produk ini, kami memilih untuk review EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM. Pemilihan ini berdasarkan saringan review, label ingredients dan claim produk.


Sekiranya ingin mendapatkan kulit yang plump dan memberikan nice looking serta healthy glow pada wajah, jangan lupa untuk tambahkan produk EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM ke dalam rutin harian penjagaan wajah. Itu adalah claim utama produk ini, dan kita akan lihat hasil penggunaanya pada akhir post ini. Oh ya, Easydew DW-EGF Easyup ini juga terdapat dapat versi cream. Contoh macam di bawah ini:


EASYDEW’S adalah salah satu jenama yang paling dipercayai di Korea Selatan. Untuk makluman, EASYDEW juga telah dianugerahkan pelbagai anugerah dan yang terbaru termasuklah anugerah jenama kosmetik dermatologi terbaik. Produk serum daripada EASYDEW ini adalah buktinya. Serum ini menggunakan EGF yang juga dikenali sebagai “youth protein”. Kulit manusia secara semula jaro menghasilkan protein sendiri dan bertanggunjawab untuk menghasilkan kolagen dan elastin. So, dalam formula produk EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM ini, ia mereplikasi protein untuk merangsang kulit menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin semulajadi.

EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM ini juga telah terbukti secara saintifik sebagai serum anti-aging terbaik, sehinggakan mampu membantu pengguna mendapatkan hasil kulit glass skin dengan penggunaan yang konsisten. So that you can go out with your bare face! Nampak macam menarik tapi betul ke berkesan? Kena baca sampai habis baru lakukan pertimbangan untuk beli atau tidak ya.

Produk EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM didatangkan dalam botol bersaiz 150ML sahaja. Packagingnya berwarna putih susu dan pink, serta tulisan berwarna kelabu. Packagingnya nampak seperti produk line dari clinic kecantikan dan tidak ‘fancy’ seperti kebanyakan produk kecantikan dari Korea Selatan yang agak ‘cute’ atau warna warni. Penutup botol produk ini hanyalah standard seperti botol ubat jenis ‘oral’. So, ianya mudah dituang kepada tapak tangan tetapi mungkin boleh mengakibatkan tertuang isinya berlebihan. Dari aspek ini, mungkin perlu dilakukan sedikit improvement dan pengguna perlu berhati-hati ketika menuang isi produk serum ini. Tekstur produk serum ini adalah sangat ringan seperti air, consistency nya tidak melekit mahupun berair di atas permukaan kulit. Disebabkan hal ini, ianya sangat mudah dan cepat menyerap terus ke dalam kulit wajah. Produk ini berwarna putih susu dan mempunyai sedikit bauan yang lembut (macam bau spa di Korea Selatan).


Perhatian: produk serum ini mengandungi alcohol dan fragrance, so untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau kondisi kulit yang mudah sensitised, perlu berhati-hati dengan kehadiaran ingredients ini.

Semua ingredient utama yang terdalam dalam produk ini sangat menarik dan baik untuk kulit wajah. Produk EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM ini mempunyai kombinasi ingredients;

  • ANTI-ACNE (anti-jerawat) iaitu Niacinamide, Sodium Ascorbyl Phosphate;

  • ANTIOXIDANT seperti Avena Sativa (Oat) Kernel Extract,Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Centella Asiatica Extract, Portulaca Oleracea Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Sodium Ascorbyl Phosphate;

  • INGREDIENT MERANGSANG KOLAGEN DAN ELASTIN macam Niacinamide, Adenosine, SH-Oligopeptide-1

  • AGEN BRIGHTENING seperti Niacinamide

  • SKIN IDENTICAL INGREDIENT seperti Glycerin, Sodium Hyaluronate

  • AGEN MENENANGKAN KULIT macam Avena Sativa (Oat) Kernel Extract,Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Beta-Glucan, Centella Asiatica Extract, Portulaca Oleracea Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract

Sekali lagi diingatkan, produk ini walaupun sesuai UNTUK SEMUA JENIS KULIT, mereka yang mempunyai kulit sensitif atau kulit mudah sensitised perlu melakukan patch test lanjut dan memberi perhatian kepada ingredient seperti alcohol dan fragrance yang mungkin boleh dan tidak boleh digunakan untuk kulit seperti ini. Ia tergantung kepada tolerate kulit individual. Untuk meyakinkan claim produk dan membuktikan keberkesanan ingredients di atas, kami telah memilih 4 orang volunteer berumur di antara 27 hingga 37 tahun yang mempunyai KULIT KOMBINASI, KULIT KERING, KULIT BERMINYAK, dan KULIT NORMAL. Kami membuat observation terhadap masalah jerawat, liang pori-pori yang jelas, tanda-tanda penuaan, dan parut jerawat. Ia memakan masa selama 6 minggu dan hasilnya adalah seperti berikut;


Kesimpulan yang boleh diberikan ialah produk serum ini memang sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT. Masalah jerawat boleh diatasi dan kesannya dapat dilihat di antara 5 hari ke 14 hari. Selain itu, 3 daripada 4 volunteer menyatakan perubahan yang baik terhadap liang pori-pori, dan paling ketara adalah efek terhadap garis halus dan tanda penuaan dapat dikurangkan dengan baik. Akhir sekali, tekstur kulit seperti nampak lebih plump, hydration tinggi, ada efek glowing yang sihat, dan licin bagai glass skin direkodkan untuk semua jenis kulit kecuali kulit normal. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ingredient yang digunakan hanya bertindak balas terhadap masalah yang dihadapi dan bila kulit telah mencapai kesan yang optimum, ia mungkin tidak berhasil lagi. Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang common sama seperti volunteer di atas, boleh pertimbangkan untuk membeli produk ini. Berikan masa di antara 4 hingga 6 minggu untuk mendapatkan hasil yang ketara kerana pertumbuhan sel kulit memakan masa di antara 28 hingga 30 hari.

Daripada observation kami, produk EASYDEW DW-EGF EASYUP SERUM ini dapat membersihkan dan menjadikan kulit lebih terhidrasi, so it makes sense yang ia dapat membuatkan kulit lebih plump. Kehadiran protein EGF dengan ingredient lain seperti hyaluronic acid dan lipolatin vitamin dapat meningkatkan keremajaan kulit dan membantu menguatkan skin barrier dalam menjadikan kulit lebih sihat dan firm. Apabila skin barrier sihat, sekaligus dapat menghindarkan beberapa masalah kulit terutamanya jerawat dan tanda-tanda awal penuaan wajah. Skin barrier yang sihat juga dapat menegangkan kulit lalu menghasilkan tekstur kulit yang licin seperti glass skin!


Selain itu kulit volunteer yang berumur 30an juga menunjukan keberhasilan yang sangat baik. Ini kerana EGF yang terdapat dalam produk ini terbukti dalam mengisi semula sel yang hilang secara drastik ketika umur lewat 20an (antara 28 hingga 30 tahun). Ia berfungsi merangsang penghasilan kolagen semulajadi, elastin dan hyaluronic acid untuk menghidupkan kembali dan meremajakan kulit. So, ini jelas membuktikan yang EFG dalam produk serum (yang telah melalui proses replikasi EGF semulajadi manusia adalah almost sama) dan ia sekaligus dapat mengisi semula kekurangan kolagen dan elastin yang terjadi akibat penuaan. Observation ini juga selari dengan beberapa kajian saintifik.

Jika berminat untuk mencuba produk ini, ianya hanya boleh didapati melalui online platform. Produk ini sangat sukar dijumpai di mana-mana premis, so memang kena pastikan produk yang dibeli adalah original. Ia dijual hanya pada saiz 150ML sahaja dengan harga sekitar RM90 hingga RM120 (bergantung kepada trusted seller). Kalau nak check OFFER menarik, boleh ke sini dan pilih harga yang terbaik! Produk ini kami sangat highly recommended untuk mereka yang mempunyai masalah kulit common seperti volunteer kami. Produk ini sangat laris dan cepat kehabisan stok, walau bagaimanapun terdapat versi cream yang sama fungsinya. Untuk mereka yang berminat menjadi volunteer produk akan datang yang direview kami, atau sekiranya ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page