REVIEW: FILORGA MESO-MASK
- Cik Jojo
- 27 Jan 2020
- 4 min membaca
Updated: 23 Okt 2020
Hai korang! Untuk review post kali ini, kami ingin memberikan review produk FILORGA MESO MASK dari Paris. Ia sangat terkenal sebagai smoothing radiance mask di kalangan skincare lover yang telah menggunakan produk ini. Tapi, best sangat ke produk ni? Kalau nak tau siapa yang patut guna dan siapa yang tak, boleh baca lanjut post ini okay!
Sebelum kita pergi lebih mendalam, jom kita tengok apa claim produk ini. Menurut website FILORGA, produk ini sangat sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT dan ianya dapat memberikan beberapa manfaat seperti berikut;
1) Dapat memberikan kulit wajah nampak lebih plump
2) Ia membantu melicinkan tekstur kulit wajah
3) Ia dapat memberikan glowing dan berseri yang sihat untuk kulit yang kusam dan gelap
4) Tanda-tanda lesu pada kulit dapat dihilangkan
5) Tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan dapat dihilangkan
Disebabkan ianya sesuai untuk semua jenis kulit, observation telah dilakukan terhadap 5 jenis kulit iaitu kulit normal, kulit kering, kulit kombinasi, kulit berminyak dan berjerawat, dan kulit sensitif untuk melihat keberkesanannya. Berikut adalah kandungan paling utama yang baik untuk kulit;
Walaupun terdapat 2 ingredients yang mungkin ramai orang rasakan tidak selamat seperti Paraffinum liquidum (mineral oil) dan Cetearyl alcohol, jangan bimbang kerana Paraffinum liquidum terdiri daripada campuran kompleks yang tidak memberikan rasa merengsa dan bertindak sebagai emollient yang bagus untuk produk, sementara Cetearyl alcohol pula tidak termasuk dalam senarai astringent alcohol dan ia sebenarnya digunakan untuk menghalang epidermal water loss dan menjadikan produk ini lebih cremier dan lembut. Akan TETAPI, ingredient lain yang patut dipertimbangkan untuk menggunakan produk ini, terutamanya mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF ialah FRAGRANCE. Walau fragrance tidak berbahaya tetapi ianya mungkin boleh memberikan reaksi yang tidak baik untuk sesetengah orang.
Daripada 5 jenis kulit yang telah mencuba produk ini, kami mendapati kesan yang paling ketara terhadap kesemua jenis kulit ialah TEKSTUR KULIT MENJADI LEMBUT, dan CERAH. Ini disebabkan oleh kandungan Ascorbic acid dan Niacinamide yang terdapat dalam produk dan ianya berada dikedudukan yang atas. Selain itu, Ornithine, Retinyl acetate dan Niacinamide juga dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit. Beberapa kesan lain dapat dilihat dalam variasi tempoh di antara waktu selepas membilas mask ini hingga 14 hari. Kesan lain yang dapat dilihat adalah seperti berikut, untuk kumpulan KULIT KERING dan KULIT MATANG, kesan ketara dapat dilihat apabila garis-garis halus, warna kusam dan kedutan dapat dikurangkan dengan optimum. Untuk KULIT SENSITIF, produk ini dapat menghilangkan rasa merengsa (irritating) dan kemerahan (redness) pada wajah. Manakala, kumpulan KULIT NORMAL, dan KULIT KOMBINASI pula menunjukkan boost hydration yang cukup baik TANPA menjadikan kulit wajah berminyak. Akhir sekali, kumpulan KULIT BERMINYAK dan BERJERAWAT memberikan kesan yang jelas dapat mengawal produksi minyak berlebihan dan mengeringkan jerawat dengan kehadiran Niacinamide, Tocopherol, dan Ascorbic acid.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah ingredient unik yang membolehkan produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan memberikan kesan yang efektif kepada beberapa jenis masalah kulit. Antaranya:
1) Rhamnose polysaccharide: ingredient ini sangat membantu menghilangkan rasa merengsa pada kulit wajah dan memberikan kesan cerah yang instant mengikut tona warna kulit kita. So, penggunaannya dengan kerap dapat secara terus menerus mengekalkan kecerahan yang diimpikan.
2) NCTF complex: ingredient ini ada sejenis unsur anti-penuaan yang kompleks dan selalu digunakan dalam prosedur kosmetik non-surgical, di mana ianya dapat memberikan meningkatan kepada ketegangan kulit wajah. Prosedur kosmetik non-surgical termasuklah hyaluronic acid injection, anti-aging mesotherapy, dan glycolic peeling). Maksudnya, ingredients yang terdapat untuk memformulasikan produk ini juga digunakan dalam prosedur kosmetik.
Tekstur meso mask ini adalah seperti cream dan berwarna putih salji, cukup berbeza daripada mask yang terdapat di pasaran. Consistency nya seperti moisturiser tetapi tidak melekit atau berminyak. Malah,ia sangat mudah disapukan pada wajah dan mempunyai efek matte bila kering. Oleskan meso mask ini dengan kuantiti yang TEBAL (kalau gunakan nipis, bila kering hanya nampak warna kulit, disyorkan untuk gunakan pada ketebalan layer berwarna putih (boleh lihat gambar)) pada bahagian kulit wajah, contour mata, leher dan dada bahagian atas selama 15 hingga 20 minit, dan lakukan sekali seminggu. Bilas meso mask yang telah kering dengan air suam bersih atau tuala lembab (ikut citarasa pengguna). Walau bagaimanapun, sekali lagi dingatkan yang meso mask ini mempunyai fragrance, sebab itulah bila diratakan pada wajah baunya cukup harum (bau lembut seperti masuk kedai skincare kat Perancis). Produk ini boleh didapati dalam banyak platform online tetapi perlu berhati-hati dengan versi fake. Harga jualan sebenar di seluruh dunia untuk saiz 50ML adalah sekitar RM170 hingga RM190. Ya, harganya agak mahal jika dibandingkan dengan banyak brands mask di pasaran, TETAPI untuk yang inginkan keberkesanan instant terutamanya BRIGHTENING dengan penggunaan ingredient non-surgical dalam prosedur kosmetik, produk ini adalah sangat berbaloi dan berpatutan. Ia tahan lama kerana penggunaanya cuma sekali seminggu.
Kesimpulannya, kesan produk meso mask ini dapat dilihat untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kulit individu, contohnya dalam observation kami, ada yang dapat dilihat seawal selepas mask dibersihkan, dan ada yang dapat dilihat jelas pada hari ke 14. Ini disebabkan oleh tona wajah yang berbeza, dan KONSISTENSI penggunaanya. Daripada semua kesan yang terbukti untuk semua jenis kulit, persamaan kesan yang paling jelas dan dinikmati oleh semua jenis kulit ialah BRIGHTENING (kulit menjadi cerah dan sekata mengikut tona warna kulit) dan terbaik untuk ANTI-AGING (garis-garis halus dan kedutan pudar lebih 76%). Adakah produk ini kami recommend? Kalau melihat pada harga dan kesannya, ianya tidak berbaloi untuk mereka yang boleh menunggu sedikit masa untuk mendapatkan kesan brightening (cerah) kerana terdapat banyak lagi produk lain di pasaran yang mempunyai agen brightening yang sama hebatnya.
Selain itu, penggunakan meso mask ini perlu dilakukan dengan layer yang sedikit tebal untuk absorption yang baik dan bagi kami ianya tidak praktikal tapi siapa tahu masa akan datang nanti mereka boleh baiki philosophy ini, kan. Tapi produk ini mungkin BERBALOI untuk mereka yang nak cepat cerah dengan selamat. So, kalau nak cepat CERAH dengan selamat kami sangat syorkan produk ini dan boleh check OFFER menarik kat SINI. Don’t worry, tiada racun berjadual ataupun bahan terlarang dalam produk ini digunakan. Selamat membuat pilihan. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.
Comentarios