top of page

REVIEW: HADA LABO GOKUJYUN PREMIUM HYALURONIC ACID LOTION

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 23 Mac 2020
  • 3 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua! Siapa yang tidak kenal dengan brand HADA LABO dari Jepun ini. Terdapat banyak sangat reviews yang positif tentangnya. Untuk review post kali ini, kami memilih HADA LABO GOKUJYUN PREMIUM HYALURONIC ACID LOTION . Perkara pertama perngguna perlu tahu tentang produk ini ialah ianya bukan kategori “moisturiser” tetapi berada dalam kategori “toner”. Walaupun perkataan “lotion” digunakan pada label produk ini, definasi “lotion” untuk orang Jepun adalah “toner”. Ya, ia sangat berbeza definasinya dengan kebanyakan negara-negara lain. So, produk yang akan direview kali ini ialah sejenis TONER. Sebelum melihat lebih lanjut lagi tentang produk bagus ini, jom kita lihat claim produk terlebih dahulu. Oh ya, packaging produk ini fully dalam bahasa Jepun ya. Antara claimnya;

  1. Keupayaan mengekalkan kelembapan yang tinggi kepada kulit wajah

  2. Teksturnya seperti essence

  3. Mempunyai kelembapan tambahan berbanding toner hydrating lain di pasaran yang dapat menjadikan kulit lebih hydrated.

Produk Hada Labo Gokujyun Premium Hyaluronic Acid Lotion ini didatangkan dalam botol bersaiz 170ML berwarna lutsinar dengan label berwarnna oren dan penutup berwarna kuning emas. Botol toner ini sangat mudah untuk dipicit kerana bermaterial plastic berkualiti tinggi. Kemasan terakhir pada muncung toner ini juga sangat teliti dan kemas sekaligus membuatkannya tidak mudah tumpah, messy dan terjaga hygienenya.

Untuk pengetahuan, tekstur produk toner dari Hada Labo ini adalah ringan dan mudah untuk dioles rata kepada seluruh kulit wajah. Ia tidak mempunyai warna atau lutsinar seperti air. Consistency produk toner ini agak tebal (thick) TETAPI apabila disapukan kepada kulit wajah consistencynya amat cepat bertukar seperti air. So, penggunaan produk ini tidak memerlukan dalam kuantiti yang banyak. Untuk mereka yang sukakan penjimatan dan nak juga lama, produk ini adalah highly recommended. Walaupun consistency tebal (thick), ia tidak memberikan rasa melekit langsung, seolah-olah tidak menggunakan apa-apa. Penyerapan toner ini sangat cepat dan kesan lembut serta supple dapat dilihat sejurus selepas sapuan kepada kulit wajah. Paling menarik, produk ini BEBAS daripada ALKOHOL, FRAGRANCE, MINERAL OILS dan WARNA tetapi ada mengandungi parabens dalam kuantiti yang sangat kecil. So, untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau yang tidak sukakan parabens dalam skincare, point ini boleh dipertimbangkan.

Paling menarik produk ini mengandungi 5 jenis hyaluronic acid sekaligus menjadikannya toner yang unik berbanding toner lain di pasaran. Berikut adalah ingredients utama yang efektif digunakan dalam produk ini;

5 jenis hyaluronic acid yang diformulasikan bersama untuk toner ini serta fungsinya adalah;

  1. Hyaluronic acid: membentuk lapisan penghalang kelembapan pada permukaan kulit untuk mengelakkan kelembapan.

  2. Super hyaluronic acid: memberikan dua kali ganda keupayaan mengekalkan kelembapan hyaluronic acid. Ia juga dapat menyekat dan mengekalkan kelembapan yang banyak di dalam kulit untuk penghidratan yang sangat tinggi.

  3. Nano hyaluronic acid: mengandungi ukuran molekul yang sangat kecil dan dapat menembusi lebih ke dalam kulit serta memberikan kelembapan yang lebih dalam

  4. Absorbent hyaluronic acid: ia mempunyai ciri-ciri mengikat kelembapan yang sangat kuat dan memboleh hyaluronic acid yang diolehkan untuk kekal lebih lama walaupun selepas bersenam atau mandi

  5. 3D hyaluronic acid: ia dapat membentuk jaring kelembapan 3D di atas permukaan kulit untuk memberikan pengekalan kelembapan yang tinggi dan tahan lama.

Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit tetapi PALING BAGUS untuk mereka yang mempunyai jenis KULIT KERING atau mereka yang mempunyai kondisi KULIT DEHYDRATED. Manfaat toner ini dapat membantu memberikan hydrasi yang sangat tinggi dan baik kepada kulit. Ia TIDAK memberikan rasa merengsa (irritating), gatal-gatal (itchy), kemerahan (redness), mahupun kehadiran jerawat (acne).

Adakah toner ini highly recommended? YA! Produk ini secara amnya bagus untuk SEMUA JENIS KULIT. No problem dan kesannya memang ketara dan sentiasa up to another level. Memang kulit akan terasa lembab dan tidak berminyak cuma untuk mereka yang senang triggered sengan parabens, perlu hati-hati.


Semua orang boleh gunakan produk ini? TIDAK! Mereka yang mempunyai allergic kepada parabens mungkin tidak sesuai dan perlu elakkan.


Daripada pemerhatian kami, produk toner ini SANGAT MENJIMATKAN, dan SANGAT BERKESAN (untuk mereka yang tidak mempunyai allegic), dan ianya berbaloi dalam mengatasi masalah kulit kering, kulit dehydrated, kulit kusam, kulit matang, mengelakkan penuaan (anti-aging), menegangkan dan menganjalkan kulit wajah nampak lebih muda, dan membantu penyerapan kepada produk lain yang digunakan dalam rutin penjagaan wajah. Pendek kata ianya boleh menjadi produk yang perlu ada dalam rutin penjagaan wajah! Jangan tunggu sampai kehabisan stok ya!

Untuk mereka yang berminat mendapatkan produk Hada Labo Gokujyun Premium Hyaluronic Acid Lotion ini, ia amat mudah didapati di Watson (selalu ada SALE dan PROMOSI), atau di Guardian, ataupun untuk harga bargain boleh semak dengan trusted sellers di kat SINI. Harga toner bersaiz 170ML ini berada dilingkungan RM45 hing RM69 (bergantung kepada platfrom yang dinyatakan). Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Commentaires


Post: Blog2_Post
bottom of page