REVIEW: KIEHL’S CALENDULA DEEP CLEANSING FOAMING FACE WASH
- Cik Jojo

- 20 Jul 2020
- 3 min membaca
Updated: 13 Dis 2020
Hai semua! Untuk hari ini, produk review yang akan kami review ialah dari KIEHL’S. Untuk pengetahuan semua, KIEHL’S telah diterokai sejak tahun 1851 oleh John Kiehl di New York. Ia telah dibeli orang companies cosmetic terbesar dunia iaitu L'Oréal Group pada tahun 2000 dan bernaung dibawahnya sehingga hari ini. Nah, nampak kan kredibiliti dan reputasi brand KIEHL’S ini dalam industri kecantikan. Ia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Untuk produk review kali ini, kami telah memilih KIEHL’S CALENDULA DEEP CLEANSING FOAMING FACE WASH untuk direview lanjut. Produk pilihan review kali ini telah mendapat vote dan cadangan daripada pembaca setia NURÉAA. Oh ya, jika ada cadangan untuk produk review any brands skincare atau makeup, atau ingin menjadi volunteer project produk review kami, hantarkan ke email di info@nureaa.com. Good luck dan semoga terpilih.
Sebelum pergi lebih lanjut, jom lihat claim produk ini terlebih dahulu. KIEHL’S membuat claim yang produk ini dapat membersihkan kulit wajah TANPA membuatkannya terasa kering, malah dapat memjadikan kulit lebih segar terutamanya selepas bangun tidur untuk rutin siang hari! Paling menarik, produk cleanser dari KIEHL’S ini adalah BEBAS daripada alcohol.
Untuk makluman, ingredient utama produk cleanser ini adalah Calendula Flower Extract (yang mempunyai anti-viral powerful dan detoxification properties) selain glycerin (yang tentunya dapat menjadikan kulit lebih hydrate dan replenish). Tekstur produk ini adalah seperti gel dan berwarna lutsinar. Produk ini mempunyai bau yang sangat nipis (light) dan yang seakan-akan bauan TEH yang cukup menenangkan. Cleanser ini didatangkan dalam dua bentuk botol mengikut saiz. Jika membeli botol bersaiz 500 ML dan 230ML, penutup botol adalah jenis pump, manakala jika membeli dalam saiz 75ML penutup botol adalah jenis cap (topi) – seperti dalam gambar. Walau bagaimanapun, warna kesemua saiz botol produk KIEHL’S CALENDULA DEEP CLEANSING FOAMING FACE WASH ini adalah coklat gelap (dark brown) dan berpenutup warna putih.
Untuk menggunakan produk ini, gunakan sebesar duit syling 10sen sahaja. Gosokkan tapak tangan sehingga gel tersebut mengeluarkan buih-buih halus. Ini adalah cara yang paling tepat untuk membuang kotoran pada kulit wajah. Penggunaan produk ini terus pada kulit wajah yang kering adalah tidak disarankan. Lembabkan kulit wajah untuk hasil yang lebih bersih dan berkesan. Berikut adalah ingredient utama produk cleanser dari KIEHL’S;
Seperti yang dibincangkan, ianya mengandungi 2 ingredient paling best iaitu Glycerin dan Calendula Officinalis Flower Extract, di mana kedua-dua ingredient ini adalah sangat gentle kepada kulit wajah. Antara agen-agen lain yang terkandung dalam produk ini adalah; ANTIOXIDANT, SKIN-IDENTICAL INGREDIENT, dan AGEN MENENANGKAN KULIT. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang mempunyai kulit mudah sensitised atau kulit sensitif, kami mendapati produk ini mengandungi fragrance seperti Cirtal, Limonene, dan Citrus Limon Peel Oil, yang mungkin boleh mendatangkan ketidakselesaan atau beberapa kemungkinan efek lain. So, untuk mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF, pertimbangan yang wajar sebelum membeli amatlah disarankan.
Kami telah merekodkan observation terhadap 3 jenis kulit iaitu KULIT NORMAL, KULIT BERMINYAK dan KULIT KOMBINASI. Ketiga-tiga volunteer diberikan produk KIEHL’S CALENDULA DEEP CLEANSING FOAMING FACE WASH bersaiz 75ML untuk digunakan selama 30 hari. Tona warna kulit ketiga-tiga volunteer adalah cerah, sawo matang (brown) dan gelap. Jadual di bawah meringkaskan hasil penggunaan produk ini;
Kesemua volunteer kami merekodkan hasil yang sama. Ini bermaksud walaupun mempunyai liang pori-pori yang ‘besar’ (visible) mahupun ‘kecil’ (invisible), produk ini dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Ia juga membuktikan yang produk ini tidak strip out (menarik keluar) natural moisturising factor yang terdapat pada kulit wajah. Ia dapat memberikan kulit wajah yang segar dan tidak kusam kerana kebolehannya membersihkan kulit wajah dengan sebaik mungkin. Apabila dioleskan dengan cotton pad wajah selepas dibilas dengan air, tiada sebarang sisa kotoran yang tertinggal walaupun telah menggunakan makeup. Ini bermakna sisa makeup juga dapat dihilangkan sekaligus menyakinkan yang produk ini dapat menghalang pertumbuhan jerawat. So, thumbs up untuk produk ini!
Untuk mereka yang berminat dengan produk KIEHL’S CALENDULA DEEP CLEANSING FOAMING FACE WASH ini, ianya terdapat dalam saiz 500ML, 230ML dan 75ML di pasaran. Kulit terasa sangat bersih dan ia tidak sesekali membuatkan rasa kering (dry) atau ketat (tightness). Walaupun selepas 30 minit, kulit tetap segar dan lembap yang sangat bagus untuk penyediaakan wajah untuk step yang seterusnya. Untuk hasil yang lebih maksima, gunakan toner yang bersesuai dengan kulit wajah. Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.





![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen