REVIEW: KOSE SOFTYMO DEEP CLEANSING OIL
- Cik Jojo

- 20 Apr 2020
- 3 min membaca
Updated: 23 Okt 2020
Hai semua! Hari ini jom kami review tentang produk oil cleansing yang paling best dan berbaloi-baloi beli. Bukan setakat bersihkan sisa makeup je, oil cleansing ini MAMPU menarik dan mengorek keluar kotoran yang berada dalam liang pori-pori kulit kita. Nak tau macam mana gunakannya, kebaikan, dan kandungan best tersebut, jom baca lanjut ya!
Produk yang dimaksudkan itu adalah KOSE Softymo Deep Cleansing Oil! Ya, produk ini memang biasa dan banyak terdapat di pasaran sama ada kat Watson, Guardian, mahupun online platform macam Shopee dan Lazada. Oh ya, untuk pengetahuan, produk ini berlabel penuh dalam bahasa Jepun. Sebelum kita pergi lebih jauh, claim produk ini memberitahu seperti berikut;
Produk ini dapat menyingkirkan makeup termasuklah mascara jenis waterproof.
Produk ini dapat membersihkan kotoran yang terperangkap di dalam liang pori-pori dengan lebih mendalam.
Produk ini berkesan menyahkan sebum yang boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat
Nampak simple dan biasa sama seperti oil cleansing yang lain. Tetapi kenapa produk ini hebat, malah menjadi pesaing kepada brands ternama lain seperti Shu Uemura dan Hada Labo? Untuk makluman, produk KOSE Sofymo Deep Cleansing Oil ini berasal dari negara Jepun dan berada dalam kategori produk drugstore yang sangat affordable!
Oil clensing ini dibotolkan dalam botol plastic standard yang mempunyai muncung pump di bahagian atasnya. Paling menarik, terdapat kunci plastic di bahagian leher pump produk yang dapat membantu daripada tertekan pump botol produk ini. Walaupun murah, ia direka dengan sangat teliti. Botol produk ini berwarna kuning terang dan mempunyai pelekat dibahagian hadapan berwarna biru. Segala informasi produk ditulis di belakang botol dalam bahasa Jepun sepenuhnyna dengan warna putih. Sekali imbas, produk ini nampak tidak mengecewakan walaupun ada element minimalis.
Oil cleansing ini mengandungi treatment oil yang terpilih dan sangat sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT termasuk mereka yang kulit kulit berminyak dan berjerawat. Produk ini adalah BEBAS daripada ALCOHOL, FRAGRANCE dan ESSENTIAL OIL. So, sekali lagi ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ingredients utama produk ini mengandungi formulasi antioxidants dan agen kelembapan yang tinggi. Berikut adalah ingredients utama yang terdapat dalam produk ini;
Sama seperti packaging yang minimalis, ingredients produk oil cleansing dari KOSE Softymo ini juga begitu. Terdapat 7 ingredients utama yang sangat baik untuk semua jenis kulit. Ya, walaupun terdapat kandungan mineral oil dalam produk ini, pihak KOSE Softymo menekankan yang cometic grade mineral oil adalah campuran yang sangat kompleks dan mempunyai keselamatan yang sangat tinggi. Mineral oil dalam produk ini digunakan sebagai great emollient dan moisturiser working mainly by occlusivity (maksudnya, mineral oil tersebut hanya duduk dan lakukan kerjanya hanya di atas lapisan kulit sahaja dan tidak menembusi kulit dan trans-epidermal water loss. So, memang tiada masalah untuk sebarang jenis kulit dan kondisi kulit.
Kami telah melakukan teknik 10 minit urutan pada kulit wajah dengan menggunakan produk ini. Hasilnya, sangat-sangat surprising dan berpuas hati kerana segala kotoran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan kotoran yang terperangkap dalam liang pori-pori bergumpalan seperti biji-bijian keluar dengan banyaknya. Lihat dalam gambar yang disertakan. Walaupun pada asalnya, kulit wajah nampak biasa dan bersih, tetapi selepas menggunakan produk ini, segala kotoran yang tidak nampak dapat dikeluarkan. Setelah itu, kulit wajah dibersihkan dengan menggunakan air bersih untuk membilas segala kotoran dan oil cleansing tersebut. Kulit nampak lebih licin tetapi tidak berasa ketat (tight), rasa lembab dan kulit lebih nampak segar dan sihat. Seronoknya, memang berbaloi dengan harga yang murah.
Untuk mereka yang berminat untuk cuba produk oil cleansing daripada KOSE Softymo ini, jangan tersalah pilih pula ya, sebab terdapat 2 jenis lagi daripada product line ini. Cari produk yang berwarna kuning tau. Walaupun harganya sangat murah, untuk botol 230ML berharga sekitar RM36 hingga RM45 sahaja, pastinya ianya bukanlah produk fake ya! Boleh dapatkan di banyak platform online dan pelbagai trusted sellers terutamanya kat SINI yang menjanjikan harga terbaik! Murah, tak semestinya tidak bagus contohnya macam produk ini… confirmed puas hati. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.




![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen