top of page

REVIEW: LA ROCHE-POSAY HYALU B5 SERUM

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 9 Mac 2020
  • 4 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua! Ramai yang yang bertanya tentang brands La Roche-Posay ni. So, untuk post review kali ini, kami akan membuat review produk serum dari La Roche-Posay. Untuk makluman, La Roche-Posay berasal dari Perancis dan mula dikenali umum sejak tahun 1896 dan telah menjadi spa pertama di Eropah yang menumpukan kepada masalah kulit. Sangat lama dan berpengalaman dalam industri kecantikan! Okay, jom kita lihat produk review La Roche-Posay Hyalu B5 Serum ini.

Serum Hyalu B5 ini telah menjadi antara produk kecantikan dari Perancis yang disebut-sebut dalam banyak platform online kecantikan. Daripada pemerhatian kami, Hyalu B5 serum ini didatangkan dengan botol berwarna biru muda dan penutup berwarna putih yang bersambungan dengan pipet. Nampak bersih dan kemas, tetapi bila disatukan dengan tekstur produk atau ketika nak menyedut produk menggunakan pipet ini, ia mungkin oleh memberikan finishing yang agak mess. Penjelasan lanjut sebentar lagi.

Formula produk ini agak simple dan mengandungi senarai ingredients yang pendek, di mana trend pengguna kecantikan amat menyukai ciri-ciri ini berbanding kebanyakan brands serum lain. Selain itu, penggunaan produk yang mengandungi senarai ingredient pendek dan simple menjadi tumpuan kepada mereka yang mempunyai masalah skin barrier atau rasa merengsa (irritating), so pemilihan Hyalu B5 serum ini mungkin bagus.

Ingredient produk memainkan peranan penting dalam mengatasi sesuatu skin concern. Produk ini mempunyai kombinasi antioxidant, hydrating, dan soothing. Jika dilihat sekali imbas, ia mengambarkan produk yang baik untuk kulit, sejajar dengan produk claim nya iaitu memberikan hydration yang tinggi kepada kulit wajah, menjadikan kulit lebih plump, membaiki kerosakan skin barrier, dan merangsang rejenuvasi kulit baru. Berikut adalah ingredients utama yang baik dalam produk ini;

Untuk pengetahuan pengguna, serum Hyalu B5 ini mengandungi 6 ingredients humectants (humectants adalah agen moisturinsing yang terkenal dengan kebolehan mengekalkan kelembapan pada kulit kita). Antaranya, glycerin, propylene glycol, hyaluronic acid (asli), panthenol (atau vitamin B5), butylene glycol, dan hyaluronic acid (bermolekul kecil). Kesemua humectants ingredients ini adalah TIDAK MERENGSA (NON-IRRITANT) dan sangat sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT. Selain itu, terdapat juga ingredient ANTI-KERADANGAN (ANTI-INFLAMMATION) seperti Madecassoside yang diekstrak daripada tumbuhan Centella Asiatica (pegaga). Ia mengandungi properties anti-keradangan yang sangat baik dan dapat meredakan masalah kulit seperti sakit pada jerawat, rasa merengsa dan juga kemerahan. Antioxidant yang ada dalam produk serum Hyalu B5 ini adalah Madecassoside dan Tocopherol (iaitu Vitamin E).


Tekstur produk serum Hyalu B5 ini sangat-sangat best, dan bila dioleskan serta diratakan keseluruh kulit wajah amat mudah dan terasa cepat diserap (ini disebabkan oleh molekul kecil yang juga terdapat dalam hyaluronic acid produk ini), dan kesan penggunaannya terasa selepas diratakan. Ianya tidak melekit walaupun nampak sedikit tebal. Serum ini mempunyai high concentration yang berbaloi dan sesuai untuk mengatasi masalah kulit. Walau bagaimanapun, produk ini mengandungi FRAGRANCE. Walaupun fragrance tidak merbahaya kepada kulit, untuk mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF perlu fikirkannya sebelum membeli.


Antara isu utama yang diperdebatkan tentang produk serum Hyalu B5 ini ialah kandungan ETHANOL yang berada pada kedudukan nombor 3 (teratas) dalam senarai ingredientnya. Walaubagaimanapun, pihak La Roche-Posay sendiri memberitahu concentration yang digunakan hanyalah di antara 5 hingga 10%. Bila pertama kali buka penutup produk ini, bau wangi dan sedikit bau ethanol mungkin dapat dikesan. Untuk pengetahuan, Ethanol adalah racun kepada sel kulit. Tetapi untuk formulator pro-ethanol mengulas, ianya digunakan di atas kulit sel yang mati dan pengewapan berlaku sangat pantas apabila produk yang mengandungi ethanol disapukan. Tapi, point yang boleh pengguna fikirkan ialah apa pula akan terjadi jika produk yang mengandungi ethanol diletakkan pada skin barrier yang rosak? Kemungkinan tinggi ethanol boleh menyelinap masuk ke dalam lapisan sel yang tidak dapat dilindungi sebelum ianya mengalami proses pengewapan, bukan.


Kesimpulannya, produk serum Hyalu B5 ini agak contradict dengan philosophynya. Maksudnya, ia sangat bagus untuk mereka yang sukakan ingredient simple dan pendek (macam kebanyakan produk dari Korea Selatan) yang direka baik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, TETAPI ianya mengandungi alcohol dan frangrance. Adakah ianya make sense untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, tentulah tidak. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang mempunyai kulit SELAIN kulit sensitif dan tidak mempunyai alahan kepada fragrance, produk Hyalu b5 serum ini BAGUS dan EFEKTIF dalam menjalankan fungsinya. Kesan produk ini dapat dilihat di antara 7 hingga 14 hari. Apa yang dialami dengan menggunakan produk ini adalah seperti kedutan dan garis-garis halus yang menjadi tanda-tanda awal penuaan dapat dilihat BERKURANGAN, KEANJALAN kulit juga agak ketara jika dibandingkan sebelum menggunakan produk ini, tekstur kulit menjadi LICIN disebabkankan kehadiaran high concentration hyaluric acid yang membuat kulit wajah lebih plump, dan kulit yang kusam nampak letih terlihat lebih BERSERI dan MUDA.

Untuk mereka yang berminat untuk merasakan pengalaman teknologi dari Perancis dan brand yang terkenal dengan fokus mengatasi masalah kulit, LA ROCHE-POSAY HYALU B5 SERUM ini boleh didapati di pasaran pada saiz 30ML dengan harga di antara RM118 hingga RM230 (bergantung kepada platform online, trusted sellers, agen berdaftar, dan farmasi). Tapi untuk OFFER dan PROMOSI harga menarik, boleh check kat SINI selain terjamin selamat ATAU kat SINI. Kami telah menggunakan sehingga habis satu botol dan ianya diakui tersangat berkesan! Cuma tidak berapa suka dengan fragrance yang terdapat dalam produk ini. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page