REVIEW: LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CREME
- Cik Jojo

- 11 Okt 2020
- 3 min membaca
Updated: 13 Dis 2020
Hai semua!! Post produk review kembali lagi. Untuk post review kali ini, kami akan mereview sekali lagi produk dari LA ROCHE-POSAY. Brand yang berasal dari Perancis in sangat popular di kalangan mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF. Ini kerana, LA ROCHE-POSAY adalah brand yang direka khas untuk mereka yang berkulit sensitif, mereka yang sangat-sangat mudah mendapat masalah jerawat, acne prone skin, dan mereka yang mempunyai masalah kulit sangat kering, cepat berasa ketat (tightness) dan rasa gatal-gatal. Oh ya, brand skincare dari LA ROCHE-POSAY ini adalah yang paling laris dan disyorkan oleh dermatologist di seluruh dunia. So, dari segi praktikal dan sokongan daripada mereka yang pakar dalam bidang dermatology, produk dan brand ini mempunyai reputasi dan kredibiliti yang tinggi. Untuk lebih meyakinkan pengguna di Malaysia, kali ini kami memilih produk LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CREME untuk direview dengan lebih lanjut. Post review ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Untuk pengetahuan, label produk ini membuat claim yang ianya telah diuji ke atas mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF, KULIT JERAWAT, KULIT KERING dan KULIT SENSITISED oleh kumpulan penyelidik bebas untuk LA ROCHE-POSAY. Menurut hasil ujian tersebut, cream moisturiser ini dapat membantu membaiki skin barrier kulit yang telah rosak. Ia diformulasikan dengan ingredients yang sangat efektif TANPA memberikan kesan merengsa (irritation). Produk LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CRÈME ini dformulasikan BEBAS daripada preservatives, parabens, fragrance dan alcohol yang mengeringkan. So, kalau nak tau lanjut betul ke tak produk ini dapat menjalankan fungsinya dengan betul, kena teruskan membaca.
Walaupun produk ini tidak mengandungi preservative langsung, LA ROCHE-POSAY telah melaburkan kepada perihal packaging yang lebih hygenic untuk mengekalkan jangka hayat produk dan menghindarkannya daripada sebarang faktor yang boleh merosakkan produk. Packaging produk LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CRÈME ini direka dengan sangat teliti. Pada luar packaging adalah berbentuk botol plastik berkualiti tinggi berwarna lutsinar dengan penutup pump berwarna putih. Produk ini TIDAK mempunyai bau, dan warna. Tekstur produk ini adalah jenis cream dan consistency nya agak mudah dioleskan keseluruh kulit wajah. Setelah dioleskan rata kepada kulit wajah, tiada rasa melekit mahupun berminyak. Isi produk diisi di dalam satu lagi bekas plastik jenis airtight packaging,yang dapat memastikan tiada contaminants seperti udara mahupun bakteria yang dalam menembusi produk tersebut. Menarik dan unik, bukan?
Produk LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CRÈME ini juga mempunyai ingredients yang sangat minimal. Kami juga mendapati yang produk ini TIDAK mempunyai kandungan alcohol yang mengeringkan, fragrance dan essential oils. So, it’s really good untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan kulit yang mudah triggered dengan ingredients tertentu. Produk moisturiser ini mempunyai 3 fungsi utama yang sangat baik untuk kulit iaitu, sebagai;
CELL COMMUNICATING INGREDIENT, melalui ingredient Acetyl Dipeptide-1 Cetyl Ester
SKIN IDENTICAL INGREDIENT macam Squalane, Glycerin
AGEN MENENANGKAN (SOOTHING) daripada Acetyl Dipeptide-1 Cetyl Ester
Nampak tak, hanya ada 4 ingredients utama yang sangat baik dan sesuai untuk kulit sehinggakan mereka yang mempunyai kulit sensitif pun boleh guna. Mungkin ada pengguna yang sangat teliti dan mendapati ada kandungan Cetyl Alcohol dalam produk ini. Untuk pengetahuan tidak semua alcohol dalam skincare adalah tidak baik. Terdapat alcohol yang baik untuk kulit, namanya fatty alcohol yang mempunyai ciri-ciri TIDAK MERENGSA (NON-IRRITATING) dan sangat baik untuk kulit, dan Cetyl Alcohol ini adalah salah satu dalam kumpulan fatty alcohol ini. So, don’t worry ya!
Untuk kali ini, kami telah memilih 2 volunteer yang mempunyai KULIT SENSITIF dan KULIT YANG MUDAH SENSITISED untk mencuba produk ini dan melihat hasilnya. Untuk makluman, produk ini boleh dan sesuai digunakan untuk SEMUA JENIS KULIT. Walau bagaimanapun, produk review ini memberikan fokus terhadap mereka yang mempunyai kulit sensitif. Daripada observation dan penggunaan selama 4 minggu, produk LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CRÈME ini dapat memberikan kelembapan dan hydration yang baik serta menenangkan kulit yang sangat sensitif, dan mereka yang mudah mengalami masalah gatal-gatal, allergic, burning sensation, dan kemerahan. Apa yang lebih menarik dan sangat kami suka tentang produk ini ialah, apabila disapukan ke atas kulit yang merengsa (irritating) atau kulit yang sakit akibat jerawat, ia bertindak begitu cepat dalam masa 1 minit mengurangkan atau menghilangkan skin’ sensitivity tersebut. Rasa ketidakselesaan yang dihadapi oleh kulit dapat dihilangkan dengan penggunaan produk moisturiser ini setiap hari dan ianya sangat sesuai untuk jangka masa yang lama. Tiada side effect dan highly recommended.
Untuk mereka yang berminat mendapatkan produk LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA CRÈME ini, ia hanya dijual pada saiz 40ML dengan harga sekitar RM70 hingga RM90 bergantung kepada trusted sellers. Produk ini adalah antara produk yang sangat laris dan berkesan daripada LA ROCHE-POSAY. Banyak reviews, recommendation daripada dermatologists dan pengalaman mereka yang telah menggunakannya telah membuktikan keberkesanan produk ini. Kepada mereka yang berminat menjadi volunteer produk akan datang untuk direview kami, atau sekiranya ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.








![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen