top of page

REVIEW: LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA NUIT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 18 Mei 2020
  • 3 min membaca

Updated: 2 Nov 2020

Hai semua! Untuk post review hari ini, produk terbaik yang akan kami reviewkan adalah dari LA ROCHE-POSAY. Brand asal dari Perancis ini sangat terkenal untuk mereka yang mempunyai jenis KULIT SENSITIF. Walau bagaimanapun, kebanyakkan produk mereka boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Ini kerana formulasi produk dari LA ROCHE-POSAY ini sangatlah lembut dan tidak mendatangkan rasa merengsa (irritating). Untuk review kali ini, kami memilih produk krim malam atau moisturiser iaitu LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA NUIT. Untuk pengetahuan, moisturiser ini telah mendapat rating 5/5 daripada pengguna yang telah menggunakannya.

LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA NUIT telah diformulasikan sebagai moisturiser yang sangat ultra-calming sehinggakan mereka yang mempunyai kulit tersangat sensitif juga selesa menggunakan produk ini. Produk ini mengandungi bukan sahaja satu malah dua jenis antioxidant yang sangat powerful iaitu carnosine dan Vitamin E, dimana keduanya dapat memberikan perlindungan kepada kulit. Paling best produk ini mengandungi NEUROSENSINE, iaitu agen penenang yang boleh digunakan ke atas kulit yang merengsa kan (skin irritation). Selain itu, ingredient lain seperti thermal water dari perkampungan La Roche-Posay, glycerin, dan shea butter juga dapat menenangkan kulit dan membaiki kulit semasa tidur, yang juga sangat baik untuk mereka yang mempunyai kulit ultra-sensitif.

Penggunaan LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA NUIT sebelum tidur adalah penting dan dapat memberikan beberapa manfaat seperti;

  1. Menghalang molekul agresif daripada free radical yang diperoleh daripada pencemaran, rokok, alcohol dan stress, daripada merosakkan kulit. So, kehadiran ingredient antioxidant yang powerful dalam produk ini dapat merencatkannya dan memeliharan kulit.

  2. Ia dapat meredakan dan menghilangkan masalah kemerahan (redness), itchiness (kegatalan), dan keradangan (inflammation).

  3. Apabila kita berehat pada waktu malam, kulit dapat bekerja dengan baik dan melakukan detox terhadap kulit untuk semalaman dengan kehadiran ingredient terpilih dan terbaik daripada produk ini.

  4. Kulit wajah dapat membuat penghalang yang baik kepada sel kulit dengan adanya antioxidant enzymes macam Vitamin A, C dan E.

So, produk ini sangat-sangat disarankan malah mendapat sokongan daripada dermatologist, khasnya kepada mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF atau KULIT YANG MUDAH SENSITISED (intolerant skin). Contohnya, untuk mereka yang mudah mendapat rasa GATAL-GATAL, MERENGSA (irritated), KERADANGAN sekitar mata dan hidung, produk moisturiser malam dari LA ROCHE-POSAY ini sangat-sangat baik dan membantu menghilangkan kesemua ketidakselesaan ini serta merta selepas diolehkan pada wajah. Untuk mereka yang belum pernah mencuba, produk ini tidak perlu dikuatiri kerana hasilnya memang ada dan selamat.

Tekstur LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA NUIT (moisturiser malam) ini adalah sangat ringan (lightweight), di mana consistency nya berada di antara gel dan krim. Disebabkan oleh tekstur yang sangat ringan, ia dapat menyerap dan cair ke dalam kulit dengan cepat dan kesan menenangkan kulit dapat dirasakan instantly. Selain itu, produk ini dibotolkan dalam botol berwarna BIRU dengan tulisan berwarna PUTIH. Apa yang menarik tentang produk ini ialah packagingnya. LA ROCHE-POSAY TOLERIANE ULTRA NUIT mempunyai hemetic packaging dimana ianya completely airtight (seperti bungkusan plastic dalam botol) yang dapat memelihara produk daripada tercemar dan disambungkan dengan airless pump bag system. Dengan rekacipta packaging seperti ini, setiap isi produk di dalam botol ini dapat digunakan sehinggi olesan terakhir.


Untuk pengetahuan, produk moisturiser malam dari LA ROCHE-POSAY ini adalah BEBAS daripada preservatives, parabens, fragrances, alcohol, colourants, dan lanolin. Memang produk yang sangat-sangat sesuai untuk semua jenis kulit sehinggakan kulit sensitif pun tidak usah risau. Berikut adalah ingredient utama produk ini;

Produk moisturiser malam dari LA-ROCHE POSAY ini mengandungi ingredient seperti ANTI-ACNE (anti-jerawat) seperti niacinamide, ANTIOXIDANT macam carnosine dan tocopherol, AGEN PENGALAK PERTUMBUHAN SEL seperti niacinamide, carnosine dan acetyl dipeptide-1 cetyl ester, AGEN SKIN BRIGHTENING macam niacinamide, SKIN-IDENTICAL INGREDIENT macam glycerin dan squalane, dan AGEN MENENANGKAN seperti allantoin, acetyl dipeptide-1 cetyl ester. Kesimpulannya, ingredient dalam produk moisturiser malam dari LA ROCHE-POSAY ini tidak mengandungi ciri-ciri comedogenic, dan ianya selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.

Untuk mereka yang nak gunakan produk retinoids macam tretinoin (prescription) atau retinol, tetapi takut rasa merengsa (irritating), boleh oleskan moisturiser malam dari LA ROCHE-POSAY ini selepas mengoleskan produk retinoids. Ia dapat menghilangkan kebarangkalian rasa merengah bila menggunakan produk retinoids di samping dapat memberikan hydration yang diperlukan kulit semasa tidur.

Kalau berminat untuk mendapatkan produk ini, ia dijual pada harga di antara RM80 hingga RM150 untuk botol bersaiz 40ML. Untuk perbandingan, harga asal dari Eropah adalah EUR20.30 (converted sekitar RM96). Produk ini boleh didapati di banyak platform online di Malaysia. Yang penting, pastikan original dan dibotolkan dalam pek 40ML (elakkan membeli trial pek kerana LA ROCHE-POSAY tidak pernah menjual dalam pek trial). Kalau berminat sangat nak beli, boleh tengok OFFER menarik daripada trusted seller kat sini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.

Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page